Monday, 14 January 2013

Ayam Masak Padang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ayam masak padang yang enak ni sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi putih atau nasi impit.
Selamat mencuba.


Ayam Masak Padang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
  4. Hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

14 ulasan:

Fieda Rafli said...

selamat pagi kak..lama tak singgah sini..wah bau lauk ni sampai sini la..hihihi

Fieda Rafli said...

selamat pagi kak..lama tak singgah sini..wah bau lauk ni sampai sini la..hihihi

inazamri said...

thanks shre resepi ni.ada gak la idea nak masak ptg ni kang.

Nooriah Abdullah said...

wah ada lauk padang yg special hari ni sedap tu akak dah masak nasi putih ni heee boleh lah try

Cendana Kasih said...

sedapnyerrrr !!

Rizal Uye said...

singgah

Nafira usof said...

tetiba rasa lapar~

Amie said...

Nampak sungguh menyelerakan ayam masak padang ni...nyum nyum!

Rohah said...

kompem menyengat ni diapunya rasa..kuahnya yg pekat tu bikin mnjilat jari...

Myra Jay said...

Sedapnya kak....

Boleh la nak try... D

eita said...

selalu terliur kalau singgah sini

Golden Rose said...

tak penah gi makan ni...t nak cuba la...thanks for sharing

Aku Budak Kampung said...

lapar pulak perut ni tengok menu kat atas ni ^_^

kasih Salina said...

tengok rupa macam ayam masak merah pun ada juga akak yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...