Wednesday, 23 January 2013

WW-Ayam Ala Champ


Assalamualaikum semua.
Ayam ala champ resepi daripada Hajah Sheila Rusly.
Jom cuba. 


Ayam Ala Champ
Oleh:Norzie hany
Sumber:Buku Resepi Ketuk2 Ramadan

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12
  • 150gm serbuk kari
  • 200ml susu cair
  • 3 biji kentang-potong wedges
  • Air asam jawa-secukupnya
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Daun kari
  • 2 labu bawang besar-potong bulat atau tebal
  • Minyak
bahan kisar:
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 100gm cili kering
Cara-cara:
  1. Perap ayam bersama bahan kisar dan serbuk kari.
  2. Panaskan minyak,goreng ubi kentang dan bawang besar .Angkat dan toskan.
  3. Kurangkan minyak dalam kuali dan masukkan ayam yang di perap tadi bersama bunga cengkih,buah pelaga dan daun kari.Masak seketika hingga ayam empuk dan pecah minyak.
  4. Masukkan susu cair,garam dan sedikit air asam jawa.Kacau dan renehkan seketika.
  5. Masukkan kentang dan bawang besar yang di goreng tadi.Kacau hingga kering.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

Saya Disini said...

sedpmye

Anum said...

sedap nie

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodapnya Norzie.. terliur sudah akak ni :D

Tihara said...

dairy champ kan..mesti sedap :)

Acik Erna said...

assalam norzie..acik tengok gambar pun dah terliur

Rohah said...

pekat je nampak kuah dia kan..mesti menjilat jari..

Lesung Batu said...

salam norzie..ayam bersalut melekatt pekat cantik..mkn ngan nasi panas sedap nih!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak..
mudah je bahan2nya kan.. yg penting sedap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...