Thursday, 10 January 2013

Gulai Lemak Cili Padi Ketam


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gulai lemak cili padi ketam....lauk kegemaran anak2.Kalau sesiapa yang suka makan ketam bolehlah mencuba resepi yang mudah ni....kalau suka boleh juga di tambahkan nenas.
Sis sertakan resepinya di sini.



Gulai Lemak Cili Padi Ketam
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo ketam-di bersihkan
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 1 helai daun kunyit-siat
  • 3 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula-secukup rasa.
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup 
Cara Memasak:
  1. Masukkan ketam bersama bahan kisar,serai,asam gelugur dan masak sebentar di atas api.
  2. Masukkan santan bersama daun kunyit yang di siat.Masak dengan api sederhana dan kuah hendaklah sentiasa di kacau.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

18 ulasan:

Krisz Hanna said...

sis, di is my feveret menu!
nanty nak cuba resepi by sis norzie la...

JaSSNaNi said...

haiiishhhh.... cepat2 scroll sampai komen... tak leh tengok ketam tu.. melelehhhhhh.. yuuuuukkk!!

JaSSNaNi said...

haiiishhhh.... cepat2 scroll sampai komen... tak leh tengok ketam tu.. melelehhhhhh.. yuuuuukkk!!

Nurul Aini said...

hehe..saya pun..melelehhh air liur..sodapnya..

Anne Azman said...

yum yum! sangat melelehkan air liur ni!

ainnoraini said...

anak yg no4 mmg suka makan ketam...maknye jer yg malas nak kopek2 isi ketam tuu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh.. sedap ni! tak dpt mkn isi... hirup kuahnya pun dah terasa 'manis' ketam dlm kuahnya kan...

anak2 suka juga ketam ni.. tp dorang tak pandai lg nak korek2 isi ketam.. bercinta nak masak ketam sbb nnt kena sandang jawatan tukang kopek ketam utk deme.. hehe...

Rohah said...

sedap meratah ni..ada bertelur tak ketamnya?? klu ada, xtra sedap kan...

ohcikgu said...

wah, geram plak tengok ketam tuuu..

Cheq Sue said...

bila tengok gulai ketam akak ni, baru ingat dah lama sangat tak makan seafood, teringin tapi takut alergik...sabar aje lah

mama sara nur said...

assalam sis
sedapnye sis,lama gak sy x mkn ketam ni ..tp skrg lg susah rasanya sb hidung meleleh mkn teruk hu hu resdung la kot kan kalu selsema takkan berterusan 2 minggu dah ni

lina_pg said...

Sedapnya...ada mr.crab kt sini.Kalau mkn msk lomak camni,mesti meleleh kuah smpai ke siku haha..penangan ketam

kasih Salina said...

saya suka kak ketam cili api..sedap, tp saya kan suka cepahkan telur nak bagi kuah dia tu pekat sikit..

ayut said...

jenuhla nk mkn ketam...nk kena ketuk2x dulu bru dpt..tak ckup sabar kat situ..hihihi

ayut said...

done umobile akak yer

obat mata herbal said...

sip mksih gan..

Fieda Rafli said...

sedap2..

lily said...

Sy da try masak..sedap!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...