Friday, 18 January 2013

Laksa Kelantan

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Biasanya resepi untuk kuah laksa Kelantan ni saya buat sama macam kuah laksam.
Kalau berminat nak mencuba saya sertakan resepinya di sini.
Laksa Kelantan
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus laksa-rebus hingga lembut
Bahan untuk kuahnya:
  • 6 ekor ikan kembung(rebus dan ambil isinya)
  • 10 biji bawang merah
  • 2 sm halia
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat kuahnya:
  1. Kisar isi ikan,bawang merah,halia dan lada hitam hingga lumat.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam santan.
  3. Masak dengan api yang sederhana dan masukkan asam keping.Perasakan dengan garam dan gula.Kacau selalu supaya kuahnya tidak berketul.Bila sudah mendidih bolehlah di angkat
Bahan untuk sambal:
  • Sedikit cili besar/cili padi
  • Sedikit cuka
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula
*Caranya:Satukan bahan2 sambal tumbuk atau kisar hingga lumat.

Bahan-bahan Ulam:
  • Daun kesum-hiris
  • Bunga kantan-hiris
  • Tauge-jika suka
  • Kacang panjang-hiris nipis
  • Timun-sagat
Penyediaan laksa:
* letak laksa kedalam mangkuk dan curah kuah diatasnya.Makan bersama ulam-ulaman dan sambal.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

14 ulasan:

Gee® said...

Salam sahabat.... dah lama tak makan laksam... teringin nk buat sendiri... sedap jer nmpk laksa kelantan ni...

Anum said...

sedapnya

zila norazila said...

pagi2 nampak laksa nie macam teringin plk la..sedap la kak.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kecur air liur akak tengok Norzie... sedapnya... akak suka juga laksa kelantan.. apa bezanya dengan laksam ye Norzie :D

Amie said...

Sedapnya! Kecurr dah ni...

combi said...

sedapmye! :D

Lesung Batu said...

salam norzie..dulu masak stay ngan kak ipar time mula2 kawin dia suka & pandai buat laksam..tgk norzie buat ni tingat kat dia..iskk..sedapnyaaa!

kasih Salina said...

laksa kelantan sama laksa ganu la ni..dah lama tak makan ni, kalo balik ganu blh la makan..

ANISRAHIM said...

Payah nak buat...

asmah yusof said...

slm kak.....lama x mkn...sedapppp... :)

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

laksa kelantan!! sedapnye..salam singgah =)

Rohah said...

enak kak...kepingin juga rasanya...

norzila said...

dap kan kak..nak ada sambal belacan tu..tapi dulu zila pnh mkn mcm ketiau je ..

mama sara nur said...

assalam sis
tak biasa mkn tp nampk disini sedaplah he he suatu hari kena try lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...