Monday, 21 January 2013

Sup Ekor Ala Jane



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Berkongsi resepi dari selebriti Sofea Jane....Sup Ekor Ala Jane(sup yang menggunakan susu cair)
Di sertakan resepinya di sini...Selamat mencuba.


Sup Ekor Ala Jane
Oleh:Norzie hany
Sumber:Buku Resepi Ketuk2 Ramadan

Bahan-bahan:
  • 500gm ekor lembu
  • 500gm keting lembu
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji kentang
  • 1 batang daun saderi
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • 1 sudu teh serbuk stok lembu
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 biji bunga lawang
  • 10 biji buah pelaga
  • Lada hitam-tumbuk
  • Kicap cair
  • Susu cair
  • Bawang goreng
  • Garam & serbuk perasa
  • Minyak
  • Air
Cara memasak:
  1. Rebus ekor dan keting lembu terlebih dahulu bersama-sama dengan sebahagian dari kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.
  3. Tumis sebahagian kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Masukkan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk ketumbar dan serbuk buah pala.Tumis hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan air rebusan keting dan ekor lembu tadi dan diikuti keting dan ekor lembu.
  5. Apabila mendidih masukkan lada hitam tumbuk,kicap cair serta stok daging lembu.
  6. Masukkan lobak merah,ubi kentang dan batang saderi serta susu cair.Kacau seketika.
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  8. Akhir sekali taburkan bawang goreng.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

Anum said...

nyum2

mummY daniSha said...

wahhhh resepi artis gitu =p

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Meletop tu Norzie.. sup ekor.. power.. tapi akak tak makan sup ekor.. kalau tulang okey lagi lah :D

combi said...

perghhh..nampak sedapppppp

Nafira usof said...

kalo beli kat kedai mmg mahal sup ekor ni kan~

kasih Salina said...

canggih benor nama resepinya kak..hihi..suka juga saya dgn sup ekor..

Amie said...

Suka sup ekor! Tapi belum cuba yang guna susu cair... boleh try ni...

Rohah said...

segerrr..enak err dapat makan sup ni..suke sangattt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...