Friday, 15 February 2013

Ayam Sambal Hutan


Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Sedap juga rasa ayam sambal hutan ni,dah ramai rakan blogger yang mencuba resepi dari Ayu S'pore ni.Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba saya sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.


Bahan2:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup
Cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar.
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata.
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat.
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

shazrina said...

tak pernah memasak gune gabungan rempah yg camni ..tq share .. :D nmpk sedap makan dengan roti pagi pagi ni ..

Cik Eyra said...

ouh..ingat tadi ayam hutan..heheh silap baca,tapi cm sedap jgk kan..

Rohah said...

unik nama dia kak....rempah ratusnya beraneka,mesti sedapkan...

chefgunawanjamil Obie said...

menyelerakan chef obie ...

Nafira usof said...

telan air liur pepagi hari.. ahaks~

Amie said...

Saya juga yang ketinggalan keretapi.. dah lama berangan nak buat tapi belum lagi terbuat...jamu mata dulu di sini ye Norzie...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Nampak best plak resipi ni...masuk list dulu

eita said...

bile time lapor suka singgah sini..
tengok makanan...hahhahha..

sedap akak masak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...