Sunday, 17 February 2013

Siput Sedut Masak Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Siput sedut masak lemak,lauk fav bondaku....kalau datang Melaka mesti beli siput sedut.Sesiapa yang suka makan siput sedut bolehlah mencuba resepi ni....sedap makan dengan nasi panas2.
Selamat mencuba.


Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-bahan:
  • 500gm siput sedut
  • 3 batang serai-titik
  • 1 helai daun kunyit-siat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • Garam dan serbuk perasa-secukupnya
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara-cara:
  1. Bersihkan siput dan potong ekornya.
  2. Satukan semua bahan-bahan kecuali santan pekat,masak di atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.Kacau hingga mendidih.
  4. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6 ulasan:

mama ila said...

tengok org makan sedappppp jer..tapi ila xpandai nk makan..hehehe..lum pernah makan lagi =)

mama sara nur said...

assalam sis
sy pun tak makan walaupun en asben dan keluarga sy semua suker he hee
tp kalu mak masak makan kuahnya je
slurrrpp dengar diorg sedut heeeehe

Nooriah Abdullah said...

wah akak suka ni siput sedut, kat umah ni akak sorang je makan yg lain pandang2 jeling2 je kita menyedut hee

Nafira usof said...

wew~ sedapnye.. tingat masa peknen kan My Delisha.. mengidam nak makan siput sedut, nasib dapat carik.. hehehe

el said...

siput sedut fevret suamiku
lama x msk siput ni
renyah gak sbb nak kena cuci bersih2 siput ni..pas2 katuk bhgn hujung tu satu keje lak..oleh itu beli je lah sbb el x mkn hehe

izan mama mia said...

saya tak pernah makan siput sedut nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...