Tuesday, 5 March 2013

Lemak Cili Padi Ikan Parang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kepada semua follower dan penggunjung blog SNH yang sudi singgah di sini.
Sebut ikan parang mesti teringat asam pedaskan tapi ikan parang juga sangat sedap kalau buat masak lemak cili padi.
Selamat mencuba.    


Lemak Cili Padi Ikan Parang

Bahan-bahan:
  • 4 keping ikan parang-dibersihkan
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat-secukupnya 
  • 1 biji buah tomato-belah 4
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak
Bahan kisar:
  • 10-15 tangkai cili padi-boleh tambah atau di kurangkan
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,asam gelugor dan kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan parang dan kacau perlahan hingga ikan masak.
  4. Akhir sekali baru masuk buah tomato.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6 ulasan:

maria firdz said...

Lama tak makan menu ni.. huhu.. resepi yg selalu mak msk.. huhu..rindu msakan mak...huhu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya lemak cili padi ikan parang ni... pastu letak tomato lagi... perghhhh tak menoleh makan ni Norzie :D

Tihara said...

as salam kak,
lama tak singgah sini..saya jarang makan ikan ni sebab kat tempat saya payah nk jumpa :)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..Sedapppnya ikan parang..Tapi kat sini memang susah nak dapat ni..Emmm betul selalu masak asam pedas...sesekali cuba kelainan masak lemak best juga yaaaaa

Rohah said...

mau tambah nasi ni kak..

Bali Tour said...

Nampaknya Sedap
Terima kasih atasa recipenya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...