Sunday, 30 December 2012

Ikan Goreng Smar Tilem

 Assalamualaikum dan selamat berhari minggu kepada semua penggunjung blog SNH.
En3 hari ini masakan masyarakat jawa...Ikan goreng smar tilem.Resepi ni sis ambil dari majalah mingguan wanita 2006.Ada sesiapa yang tahu apa makna smar tilem?.Memang tidak dinafikan,masyarakat jawa terkenal dengan pelbagai jenis masakan yang enak-enak dan sedap-sedap belaka.Untuk resepi ni kalau di tukar kepada ikan siakap atau ikan bawal pun sedap.
Terima kasih kepada penyumbang resepi,mohon di panjangkan di blog ni untuk perkongsian bersama.
Kepada sesiapa yang beminat bolehlah mencuba ye. 


Ikan Goreng Smar Tilem
Oleh:Norzie hany
Sumber:Majalah Mingguan Wanita 2006

Bahan-bahan:
  • 2-3 ekor ikan kembung-bersihkan
  • 2 ulas bawang putih-titik
  • 2 biji bawang besar-potong bulat
  • 1/2 inci halia-hiris
  • 1 batang serai-titik
  • 1/2 batang lobak merah-potong dadu
  • 5 biji cili padi-belah 2/hiris kecil
  • 2 biji cili merah-hiris
  • 1 biji cili hijau-hiris(sis tambah)
  • 2 biji buah tomato-potong dadu
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
Bahan hiasan:
  • 1 biji nenas-potong dadu(sis letak 1/4 biji)
  • 1 batang daun sup/saderi-mayang
Cara-cara:
  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan goreng garing.Angkat dan toskan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis cili giling hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato dan semua bahan-bahan yang lain satu persatu.
  4. Masukkan air dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Apabila kuah sedikit pekat curah di atas ikan yang di goreng tadi.
  6. Hiaskan dengan nenas dan daun saderi.
  7. Sangat enak di makan ketika panas2

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

Tie HT said...

waw nama dia kak..ingat kan kerapu marang kepuden..nice menu :)

Amie said...

Norzie,
beberapa tahu lalu sepupu Amie pernah tanya kami tahu tak apa maksud semar tilem yang dijadikan password dalam filem P Ramlee tu... rupanya dalam bahasa Jawa maksud smar (semar) tu ialah hantu laut, dan tilem tu ialah tilam yang bermaksud tidur.... he he heh kami yang keturunan Jawa pun tak faham sebab itu bahasa Jawa halus...
apa pun resepi ikan ni memang menarik!

Unknown said...

nampak pon mcm sedap dah...blom try rase lg nih :)

Unknown said...

mesti rasa nya hebat sehebat nama nya jugak kan tak kira lah apa makna nya heeeee janji layansss

Jefry said...

bisa jadi msakan harian saya ni..

Kasih Salina said...

mengancam jer bunyi menunya..

zila norazila said...

ingat citer p.ramlee sis...brtambah nasi klu lauk2 camnie..pergghh kecur

Anonymous said...

huhu.. sedapnyer... dah lah tengah lapor nih... huhuuuhhuhu... kim lah kat cni ckit.. hehe

eita said...

sedap

P.A. said...

suka3x.....sedapppnya ikan goreng nie.....dan2 lapaq nasi....adoiii selera bertambah semenjak dua nie..hehe

Susan said...

This was a really great contest and hopefully I can attend the next one. It was alot of fun and I really enjoyed myself.. Every router and modem has login credentials and a default IP address that allows you to access the settings. 192.168.l.254 is one such IP address used to access settings of routers like TP-Link, 2Wire, ADSL routers, 3Corn routers and Westel ADSL moderns to name a few.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...