Wednesday, 19 December 2012

WW-Kuih Lapis Yatie

 Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua.
Kuih lapis ni memang sedap buat sarapan pagi atau minum petang.




Kuih Lapis Yatie
Oleh:Norzie hany
Sumber:Yatie
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

18 ulasan:

secret of us said...

wahhhkuih lapia...may fav..^^ade resepi lagi tuu..leh la buat lepas ni..^^

sweettouch collections said...

aduiii..sedapnyeee..tq ats resepinya..bole cuba try test..hehe

cikguHidayah said...

wahh..lama betul x makan kuih lapis..terliur pulak..heee :D

kak nora said...

cantik lapisannye...sama je ketebalannye..

Qaseh Alienda said...

sedapnye nampak..nk try la

ct rahani said...

sedapnya kak.. kuih feveret sy nih..

s h a said...

Pink.Hehe.Sy suke kuih ni. :)

etuza said...

sempurna sifat kuih lapis ni...akan menmcuba resipi ni...k

Rohah said...

kka, bila masuk sini banyak koleksi kuih2 tradisional, suke..sbb suka makan..

eita said...

sedap...
tapi jarang sangat makan kuih lapis

Ujie said...

Cantik color nya..lama dah tak mkn.
Tengok bhn mcm mudah, cuma leceh part nk lapiskan.

Kasih Salina said...

rajin betol akak melapis kuih lapis ni ye..

ayut said...

licin ye kuih lapis akak..menjadi btul ni... :)

Myra Jay said...

Dah lama tak makan kuih lapis ni :D

abdul basit said...

Berkunjung disini sambil makan kuih lapis.Artikel yang bagus.

FELI said...

Que original seguro que esta riquisimo
un saludo

are_lin@yu said...

alahai nak sikit buat breakfast..hihi

Anonymous said...

Loyang saiz berapa???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...