Tuesday, 25 December 2012

Biskut Badam Rangup

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Bila selongkar kabinet dapur terjumpa pulak bahan-bahan untuk buat kuih raya tempoh hari....masih baik dan belum expired lagi.Google resepi biskut mengikut bahan2 yang ada dan terjumpalah resepi ni.Sepetang semalam dok menerap biskut ni sorang-sorang....sambil susun biskut ni dalam balang sambil ngap,ermmm memang sedap dan rangup sangat.Kalau ada umur raya tahun depan bolehlah buat biskut badam rangup ni.
Sis sertakan resepinya di sini,sesiapa yang berminat bolehlah cuba ye.

Biskut Badam Rangup
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :
  • 150 g mentega
  • 100 g gula aising
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 100 g tepung gandum*
  • 100 g tepung kastard*
  • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
  • 50 g serbuk badam
  • 50 g tepung gandum (extra)
UNTUK HIASAN:
  • 1 kuning telur
  • Badam cincang secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

12 ulasan:

laskar pelangi said...

wah sedap sedap. hantar kat sini sebalang! hihi :')

fardiyah said...

sedapnya..teringin lh pulak..huhuuu

Aju Mohit said...

alahai assalamualaikum!!! kami datang bak beraya!! hihi nyummy kak

Tihara said...

sedapnye badam kak :)

Rizal uye said...

hemmm, enak neh

Rohah said...

kak norzie,,sesekali buat biskut mesti seronok kan....sedap ni kalau biskut berunsurkan badam

Evelyn Gemina said...

Selamat malam kak norzie,
Wah sedpnya makan biskut badam, crunchy : )

kayumaniskorner563 said...

Assalammualaikum & slmt mlm norzie, sdp nya biskut...tringat waktu ari raya, kak ruby suka lah, nnti klu ada free nak wat gak lah.....

Rin's Blog said...

emmmmmm nyamyy. betuah yang dapatkan juru masak handal

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

teringin jg ni hehe

Si Matatajam said...

X raya pun bleh buat kudapan minum petang kan akak

Myra Jay said...

Wahhh selalu masa nak raya baru nampak biskut2 ni..

Rajin kak buat :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...