Thursday, 6 December 2012

Nasi Minyak Hujan Panas



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
En3 kali ini nak tayang pic nasi minyak hujan panas yang sis masak tempoh hari.Sebenarnya dah banyak kali sis masak nasi minyak hujan panas menggunakan resepi ni cuma yang terbaru ni aje sempat sis ambil gambar untuk perkongsian bersama.  
Nasi minyak hujan panas ni sis gandingkan dengan lauk ayam sosha istimewa resepinya di sini
Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba,sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba. 



Nasi Minyak Hujan Panas
Oleh:Norzie hany
Sumber: Makyong@Myr

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 4 cawan beras basmati-(sis guna beras kashmir faiza basmathi)
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan tumis

  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Bahan hiasan

  • bawang goreng
  • kismis
Cara-cara
1.     Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2.     Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3.     Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4.     Masukkan beras dan gaul rata.
5.     Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6.     Masaklah nasi sehingga masak
7.     Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8.     Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

ANNA MARIANA said...

terliur anna tengok...
thnks sharing
^____^

nur khalilah hassan said...

sedapnye..insyaAllah nnt nk try lah.. :)

eitcha,IM said...

sedapnya..eca suka sangat nasi minyak hujan panas ni :)

Ros said...

Assalamualaikum Norzie hany,

Amboi cantik sungguh nasik hujan panas ni....keluarga Kak Ros memang suka makan nasik ni...selalunya pi makan kat kedai lah he.he...Kak Ros tak pandai masak nasik ni...
Terima kasih ya Norzie hany kongsi resepi...nanti boleh la Kak Ros cuba.

EmbunRosaliza said...

Cantik nasi, akk pun suka guna resipi makyong, simple n sedap kan

P.A. said...

baru2 nie mkn kat rmh kenduri....sedaaapppp

normi nieza said...

sdapnya..:)

mama_saly said...

bestnya sis.. nnti saly nk cuba

mama_saly said...

bestnya sis.. nnti saly nk cuba

Kakzakie said...

Kakak nak cublah Norzie. Sementara anak-anak cuti sekolah nie best juga.

Kakak tengok tak boleh tahan sebenarnya:)

asmah yusof said...

best for lunch....nice kaler kak..;))

Nafira usof said...

aduhaiii.. terus teringat nasik minyak mak.. rindunye nak makan~

Gee® said...

Salam ziarah... sedapnya nasi minyak hujan panas... hujan2 begini mmg perut keroncong kan... hehehe

kitatauke said...

adehh..terbukak plak blog yg ade makanan gini..dah la perut lapo...adehhh...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sesuai sangat lah dengan cuaca sekarang.. kejap hujan kejap panas :)

Lepas tu kita pekena nasik hujan panas... eemmmmmmm sedapnyyaa :P

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedapnyerrr kak

fieda said...

fuhhhhh...lapo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...