Wednesday, 26 December 2012

WW-Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin


Gulai Lemak Nenas Dengan Ikan Duri Masin
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas sederhana besar-potong sederhana besar
  • 3 keping ikan duri masin-rendam sebentar
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan pati santan/santan pekat
  • Garam dan gula- secukup rasa
Bahan kisar:
  • 10 tangkai cili padi-boleh kurangkan
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Satukan nenas,serai,santan cair dan bahan kisar di dalam peruik dan masak di atas api yang sedehara hingga mendidih. 
  2. Masukkan ikan duri yang telah direndam tadi dan kacau sebentar.
  3. Masukkan pati santan dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila sudah mendidih dan masak bolehlah di angkat.
*Boleh tambah santan pekat jika hendak kuah lebih.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

16 ulasan:

Anum said...

moning :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wahhhh sedapnyer.mkn dgn nasi panas2 mau bertambah ni hihi

Kakzakie said...

Kakak minggu lepas ada beli ikan duri masin ingat nak buat macam inilah Norzie tapi tak buat lagi..

are_lin@yu said...

sedapnya lama tak makan.huhu

Jemarisuri said...

sedapnya sis...dh lama tak msk lauk camni...huhu..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

sedapnya... lama akak tak masak nenas ikan masin ni... feberet sekeluarga ni :D

Amie said...

Sedap sungguhlah kalau dapat makan nasi panas dengan gulai begini... nak pula musim hujan, hai menambah2lah nasi dalam pinggan dengan kuah lemak tu!

Izan Ishak said...

teringin nak makan kak... sedapnya!

aTieYusof Family said...

wah...sedapnya Kak..
peberet hubby ni..
boleh cuba masak sndiri nti..TQ:)

noornazuha said...

arghhhhh..sedapnyeee..ble try nii

Lesung Batu said...

salam norzie..waaa..sedapnya dpt mkn ni ngan nasi panas+sambal belacan+ ulam2 & berplus2 la menambah..hehe

Si Matatajam said...

Ya Allah sedapnya kalau makan nasi panas2 tu..

Nor Salmi said...

Sedapnya.. Teringin nak makan.

Kunang-Kunang said...

Hujan2 macam ni sedapnya makan nasi panas berpaukkan gulai nenas dengan ikan masin ni.

Terima kasih Norzie berkongsi resepi.

tomo said...

enak nih kelihatannya :P

Myra Jay said...

Wowww!! teruja :D sedapnyer :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...