Thursday, 27 December 2012

Ayam Masak Merah Bermadu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Cepatnya masa berlalukan,tinggal beberapa hari aje lagi sesi persekolahan 2013 akan bermula.Tentu semua ibubapa sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak2.Sis pun dah buat persiapan untuk 2 orang anak bujang yang masih bersekolah...yang bongsu dah naik sekolah menengah tahun depan.
Hari ini sis nak berkongsi resepi yang sangat mudah....ayam masak merah bermadu.Lauk ni memang sangat sedap di makan dengan nasi berperisa seperti nasi tomato,nasi minyak,nasi briyani dan sebagainya.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba.


Ayam Masak Merah Bermadu
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam-potong kecil
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar tomato pure/sos tomoto
  • 2 sudu besar madu
  • 1 batang serai-di titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak-secukupnya 
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1sm halia-hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang,
  • 4 kuntum cengkih 
  • 4 biji buah pelaga
Bahan kisar:
  • 25 tangkai cili kering-rebus dulu
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
Cara-caranya:
  1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit.Goreng separuh masak dan ketepikan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak,masukkan bahan tumis dan goreng sampai naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan serai,masak hingga cili garing dan pecah minyak.Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato,kacau sebati
  4. Masukkan ayam dan sedikit air.Masukkan madu dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masak sehingga kuah agak pekat dan sampai pecah/terbit minyak.Kalau suka boleh letak kacang peas.
  6. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

16 ulasan:

Anum said...

nasi ayam sedap

JaSSNaNi said...

betul tu.. memasing mak/pak sibok ngan persiapan anak2 skrg ni.. nak beli buku tulis,. nak siap itu ini semua.. hari ni pun hari orentasi form 1.. amik cuti gak...

zila norazila said...

sedappp..makan dgn ketupat waallaaa bestnya:)

kongsi apa saja said...

uiiiii.. terliuq aaihhhh....

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Senang jer tengok resepi tu Norzie.. boleh cuba ni :D

Nooriah Abdullah said...

alahai sedapnya terus lapo ni walaupun dah breakfast pagi tadi harus di cuba jugak resepi ni nanti

Amie said...

ooooo sedap..sedap! nampak sungguh menyelerakan!

Krisz Hanna said...

nampak sedap jer, terus lapar....

Ujie said...

emm..sedapnya! blm pernah try lagi tambah madu ni.

umiyumi said...

amboi sedapnya.. :)

Tihara said...

hmm sedap ni, kat tpt kenduri jarang dah jumpa masak ni

Nafira usof said...

sedap dan mudah!! boleh try pasni~

Anne Azman said...

best2! kena try ni!

Danial Adzhar said...

sedapnya...

nanakimie said...

sedapnya!

Aju Mohit said...

emm sedapnya kak, weekend ni bolehla buat ayam masak tomato

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...