Monday, 10 December 2012

Bingka Pisang


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Resepi berkaitan pisang lagi.....dah 2 kali sis buat bingka pisang ikut resepi ni.Garing di luar dan lembut di dalam...sedap,lebih2 lagi makan masa suam2.Sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.


Kalau malas nak buat rupa ni boleh masukkan dalam loyang dan bakar seperti biasa. 
Selamat mencuba




Bingka Pisang
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan 
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*
  • sedikit garam

Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

mama_saly said...

salam sis..
owh pisang boleh di buat bingka jg ya.. sedapnya nampak,nnti bleh di cuba ni..TQ

Lesung Batu said...

salam Norzie..nampak sedap..kena gi cari loyang lah nak buat ni.. :)

Amie said...

Memang kreatif.... pisang dibuat bingka tentu harum baunya bila dah masak ye Norzie..

Qasey Honey said...

aduh bingka pisang la pulak...mesti harum n wangi semerbak baunya ni...sedapnya

Nooriah Abdullah said...

akak belum pernh buat bingka pisang biasa nya buat apam je dngn kek boleh try gak nanti pasti sedap ni

Miss Zahirah said...

ingtkn kuih bakar tdi.. hihihi
nmpk sedap!

fieda said...

ooo..baru tau ada jugak bingka pisang..

IntaNBerliaN said...

eh, bingka pisang pun ada upanya yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...