Monday, 24 December 2012

Gulai Ayam Dan Nangka Berempah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2,follower dan pengunjung blog SNH.Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.
Syukur Alhamdulillah kerana di beri peluang bernafas di bumi Allah yang fana ini,semoga hari2 yang kita lalui sentiasa di berkati dan di redhai Allah SWT hendaknya. 
Hari ini sis nak berkongsi resepi gulai ayam dan nangka berempah.....resepi dari CMG dan sis cnp dari blog Yatie. Resepi asalnya letak ikan kurau masin tapi sis pun seperti Yatie,gantikan dengan ayam.
Terima kasih kepada penyumbang resepi yang enak ini dan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba sis paparkan resepinya di sini ye.


Gulai Ayam Dan Nangka Berempah 
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg nangka muda yang siap dikupas
  • 1/2 ekor ayam muda, di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 700 ml santan cair
  • 300 ml pati santan
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan2 Kisar

  • 1 labu bawang besar*
  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1/2 inci belacan*
  • 5 biji cili merah*
  • 3/4 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Nangka muda dipotong sederhana besar, cuci dan rebus dengan sedikit garam hingga nangka lembut sedikit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum dan terbit minyak, masukkan serai dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam yg telah di potong kecil dan tambahkan sedikit air. Masukkan nangka, gaul hingga nangka bersalut dengan rempah.
  4. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor, sedikit gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga nangka masak. Akhir sekali tuang santan pekat, kacau rata dan didihkan 1 - 2 minit.
  5. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama sambal belacan dan nasi hangat, kalau ada ikan goreng pun sedappp!!!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Anum said...

sedap nie

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

saya pun dah cuba resepi ni memang sedap! apa2 sayur kampong memang feberet saya.. hehe..

Kakzakie said...

Resepi ini kakak dah buat Norzie. Kakak pun ikut CMG juga sebab teringin masa tu...

mama ila said...

salam akak..akak ada comment kat post bling..bling kann..hihi..leh emailkan alamat x..nak kasi hadiah..email kat ila_gpb@yahoo.com

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ramai yg dah mencuba.. mesti sedapkan.. kena cuba juga ni..

p/s cantik pinggan tu :D

Mr. Apih said...

lapar :)

azifah yazid said...

done follow

Cheq Sue said...

kak zie, lagi gulai nangka sesaja pun sedap, ini kan pula bila masuk ayam, lagi la sedap.. dah lama jugak tak makan nangka ni, aishhhh

zila norazila said...

kecur pulak tgok..haruss cari nangka petang nie..nasib ada pasar malam:)

are_lin@yu said...

terliur tgk.hehe

Kasih Salina said...

sedapnya kak nangka tu..

Amie said...

Terliurrrr! Memang sangat sedap ni... bilalah nak masak begini!

Mia Liana said...

uiiii sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...