Friday, 21 December 2012

Ayam Kashmir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini sis nak berkongsi menu ringkas...ayam kasmir.Dah ramai rakan blogger yang dah cuba resepi dari dayang ni...rasanya memang sedap dan sesuai makan dengan nasi minyak atau cicah roti jala.Kalau nak versi yang tidak berkuah bolehlah masak hingga kuahnya pekat.Terima kasih kepada penyumbang resepi,dan kepada sesiapa yang berminat nak mencuba sis sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.  



Ayam Kashmir
Oleh:Norzie hany
Sumber:DayangJack

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
bahan A :
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari
bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  4. Hidangkan setelah masak.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 ulasan:

Anum said...

nyum2

zila norazila said...

salam sis..sedapnya..semalam kami baru masak ayam..tp bakar camtu jew..klu ada roti jala best nie kan:)

JaSSNaNi said...

pagi tadi masak gak.. tapi ayam masak merah kat anak2... harap2 cukup diorang makan sampai petang ni..

s h a said...

untuk preparation kawen ni,sy kena selalu lepak blog sis.banyak btol resipi. :)

Kakzakie said...

Boleh cuba ni norzie. Nampak sedap. Kalau makan dgn roti pun best ni.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sekali pandang mcm kari ye norzie.. tp kandungan rempahnya lain..pasti sedap..

Nooriah Abdullah said...

anak2 kat uamh ni hantu ayam, hari2 nak ayammmmmmm je boleh lah try resepi ni pulak nampak sedap tu..

Rohah said...

mengancam sangat resepi ni kak bila tgk bahan-bahannya..nxt time boleh cuba ni..

Kasih Salina said...

ayam masak camni memang kena cicah dgn roti..

Lesung Batu said...

guna 2 rempah..mesti sedap ni..harus cuba! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...