Friday 9 November 2012

Kuih Bakar Sagu Biji



Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Kuih bakar sagu biji....jarang atau tak pernah dengar ye.Sis pun first time dengar dan first time juga mencuba resepi kak Fida ni.
Bila tengok resepi kak Fida teringat pulak sagu yang sekian lama tersimpan,baki buat pengat tempoh hari.Bila timbang tak cukup pulak,sis tambah dengan sagu yang berwarna merah(ada jual di kedai yang siap berwarna).Untuk satu adunan ni banyak juga dapat memang terlebih-lebih untuk makan kami 3 orang.Sedap makan masa panas2 rasa rangup aje bahagian keraknya.
Kalau nak cuba sis sertakan resepinya di sini.


Kuih Bakar Sagu Biji
Oleh:Norzie hany
Sumber:Kak Fida@MyR

Bahan-bahan( loyang 8 inc. / 9 inc. )
  • 300 g sagu biji
  • 200 g mentega/majerin
  • 170 g gula pasir/merah
  • 3 biji telur
  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara-cara:
  1. Rendam sagu biji dengan air panas mendidih selama 30 min. Tapiskan dan rendam sebentar di dalam air dingin 5 min dan tapis lagi.Ketepikan.
  2. Mentega,gula dan telur dikacau rata dan masukkan garam dan esen vanilla dan kacau lagi.
  3. Masukkan campuran tepung dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan pula sagu biji yang ditapis tadi dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega.
  6. Bakar selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

inazamri said...

pernah makan sekali lama dulu.mmg sedap rasanya

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam sis..
sy pun dah simpan resepi ni masa kak rose (seripayaku) buat aritu.. tp lom sempat cuba lagi.. insyaAllah nak cuba juga nnt... mmg berkenan, lagipun sagu biji memang byk kat rumah ni.. hehe...

JaSSNaNi said...

nak print resepi ni.. kot2 esok ke lusa senang2 nak wat.. boleh kan.. :) thanks ya.. :) nampak sedap.. :D

AtieYusof said...

sedappp nya...:)
copi resepi ni ye kak..
buat simpanan..ada masa boleh try..:)

Jahirah said...

rasa mcm xpnh try lagi kuih ni....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya pernah makan, sedap terutama bahagian kerak2 tu, yg tengahnya macam kenyal2 sikit.. wallaaaaaaaaa

ayut said...

kuih bakar...!!suker!!kak..ni bakar atas dapur ke dlm oven?kompius jap...huhuhu

P.A. said...

SALAM JUMAAT SIS....emmm setiap hari wajib mai sini...wow! bestnye kuih bakar sagu biji niee....hrp2 nnt boleh buat la jugak :)

Unknown said...

sejuk2 nih kalo dapat makan kuih tu lawan ngan teh o panas mmg sedap..:)

Nisah Idham said...

x pernah mkn la kuih ni, nak kena try buat & mkn, apelah rasenye ..(^_~)
Happy Weeeked Kak, Take Care

Kasih Salina said...

eh sagu pun blh buat kuih bakar ye kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...