Sunday 4 November 2012

Daging Korban Masak Merah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.
Hari minggu kebanyakkan blog sepi aje,hari cuti mungkin masa ni lah nak spend time bersama familykan.Kat tempat saya hari2 hujan,memang dok rumah ajelah nak keluar jalan-jalan pun rasa malas.Bila dah terperap kat rumah memang kena pastikan bawah tudung ada makanan....tak kiralah apa2,time hujan macam ni makan apa pun rasa sedap belaka.
Daging korban baru2 ni masih ada lagi....sis masak daging masak merah ni.Rasanya memang sedap kena dengan citarasa keluarga kami....pedas,masam,manis semuanya cukup rasa.
Jom kita berkongsi resepinya.


Daging Korban Masak Merah
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 300 gm daging lembu-di potong nipis
  • 3 ulas bawang putih-cincang
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 biji cili merah-hiris serong
  • 5 biji cili padi-belah dua
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam jika perlu
  • Gula secukup rasa
  • Minyak-secukupnya
Caranya:
  1. Rebus daging yang di hiris hingga empuk.
  2. Panaskan minyak dan goreng daging sebentar.
  3. Masukkan bawang putih dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar,tumis hingga cili masak. 
  5. Masukkan semua sos,kicap masin dan air.Kacau sebati.
  6. Masukkan cili merah,bawang besar dan cili padi dan perasakan dengan garam jika perlu dan gula secukup rasa.
  7. Bila mendidih dan kuah agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

kucing hitam said...

sedapnya..suka sangat daging masak merah..lepaih ni boleh praktis guna resepi ni..=D

Amie said...

Sedap ni makan dengan nasi tomato!

are_lin@yu said...

sedap hingga menjilat jari..hi

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sis
nampaksgt sedap tu sis, sy ni memang pantang nampak daging he he memang suker berbanding ikan atau ayam
daging korban ada lg tu smlm sy goreng je , ada lg sikit bolehlah try masak macam sis ni tqqq

syiela said...

saya suka sangat daging masak merah ni.. tapi hb tak suka jadinya kalau nak makan saya beli je kat kedai

Tie HT said...

as salam

kalau kat tpt kenduri saya lebih suka daging masak macam ni dari kari..hehe :)

Jahirah said...

lama xmkn daging msk merah...asyik msk kicap,rendang je....

Rohah said...

sedap ni...sy pun byk stock daging korban, tapi rehat dululah makan daging..perap lama dulu..hehe

zila norazila said...

sedap..zila x pernah buat..biasa daging rendang atau masak kicap jew sis..leh cuba nnt:)

eita said...

memang sedap...

IntaNBerliaN said...

lnkali nak try la.. sk gak mkn.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...