Thursday, 7 June 2012

Keladi & Keledek Goreng


Assalamualaikum dan selamat petang.
Sekejap aje dah petang....cuaca pun sangat panas membahang.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi berkunjung di dapur sis ni.Hari ni tiada juadah yang istimewa sekadar keladi dan keledek goreng aje.Pagi tadi kami anak beranak pergi menempah baju raya...balik masing2 dah keletihan.Tahun ni tema baju raya kami warna oren lagi...untuk raya pertama mesti sedondon.Baju untuk raya kedua dan seterusnya beli dah siap aje.Aduhai....belum lagi puasa dah buka cerita pasal raya.
Okay jom kite citer pasal keladi dan keledak goreng ni pulak.Memang sedap makan panas2 dan cicah dengan sambal kicap.Kalau orang Melaka dan Johor mmg biasa makan goreng pisang,sukun,keladi atau keledek bercicahkan sambal kicap.Rasanya orang belah utara mereka cicah dgn gulakan.Sambal kicap ni memang sis buat banyak sekali dan simpan didalam peti ais.Kalau nak makan dengan ikan bakar cuma potong bawang besar dan perah limau kasturi.
Jom kita tengok resepinya.

Biasanya bahan2 yang saya selalu guna utk goreng pisang,keledek,keladi,cempedak atau sukun.

Keladi & Keledek Goreng
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan air
  • sedikit air kapur
  • Sedikit minyak panas
  • sedikit kunyit/pewarna kuning
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng
Gaul semua bahan2 tersebut hingga sebati.Masukan sedikit minyak panas kedalam adunan tepung untuk lebih meranggupkan.

Sambal kicap :-

  • 10 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih.
  • Kicap lemak manis
Tumbuk lumat bahan2 ni dan tambah 5 sb kicap lemak manis.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

7 ulasan:

Nurul Faiz Bikers said...

nak rangup lagi letak marjerin.
orang pahang pon suka makan cicah sambal kicap.
sedap...

Ummi Iman said...

Kat sini alhamdulillah mendung. Sedapnya petang2 makan kuih goreng mcm ni ;) hai kena tunggu iman besar sikit baru seronok ada kawan nk makan. Sorang2 tak selera.

Qasey Honey said...

sedapnye petang2 cmni kalu dpt mkn skali keledek grg tu skali...cucur pon kalu kt jhr mkn cicah dgn sambal kicap tu jgak...

♥ sitifarhana ♥ said...

peh..mmg mantap meletup..

betul,sy org johor kalau mkn keledek ke,pisang ke, wajib ad sambal kicap..ehe

FnF Simple Life said...

salam kenal...wah...keledek n keladi goreng...siap ngn sambal kicap...sedap

ainnoraini said...

Suka keladi goreng sedap kann...
Buat minum petang...lama tak mkn ubi keladi goreng nii..

dapurCikWan said...

wah pekena dgn kopi pnas ;)) sedap tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...