Tuesday 5 June 2012

Apam Nasi Pandan.


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapurku ini.
Pagi ni sis nak share resepi mudah dan enak sekali...apam nasi pandan.
Bila tengok ada baki nasi semalam terus teringat resepi apam merah milik kak Noor.Apa lagi terus saya pergi ke Brunei,cari kembali resepi ni di rumah kak Noor.Jangan marah ye kak,pagi2 dah pergi selongkar rumah akak.Semua bahan2 yang digunakan saya ikut resepi asal milik kak Noor cuma saya tambah air daun pandan aje....jadinya nama resepi dah bertukar dari apam merah kepada apam pandan...hehehe(Jgn marah ye kak sebab durhaka sikit pada resepi asal).Kredit untuk kak Noor....memang sedap apam ni.Percubaan pertama buat 1/2 adunan...alahai tak cukup pulak.Esok2 kalau ada lagi baki nasi...boleh buat lagi apam nasi ni.Kalau korang ada lebihan nasi bolehlah cuba resepi ni ye.
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak Noor kerana sudi berkongsi resepi dan saya mohon share di blog ni pula.
Rasanya dah ramai rakan2 blogger di bidang masakkan yang sudah mengenali kak Noor.Beliau sangat friendly dan sangat handal dalam bidang masakan ,semua sajian yang dihidangkan enak2 belaka .Untuk mengenali beliau lebih dekat jom...ramai2 ziarah blog beliau dan tak rugi rasanya kita ramai2 jadi follower blog Bicara kak Noor.


Resepi Apam Nasi Pandan
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang ( pada tekak kak Noor dah ok manis)
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air (saya guna 2 1/2 cawan air & 1/2 air pandan)
Kelapa parut putih secukupnya
Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air,gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Kakzakie Purvit said...

Pandai mengolah resepi akan menjadilah Norzie. Tengok pun tahu sedap. Aroma pandan kakak suka:)

Cik Puan Izan❤ said...

nampak mudah dan sedap...:)

Unknown said...

salam Norzie wah terimakasih banyak2 sudi mencuba resepi apam akak yg sempoii mempoii tu tak kisah lah selongkar lemari kak Noor,patut lah pagi ni tengok bersepah2 kat lantai tu tak kemas balik ekkk heeee tkpe akak dah vacuum semua tu dah cantik dah ruang tamu akak hee minta sebijik apam tu mesti sedap dan wangi sbb ada pandan terer lah adik kita ni pandai mengolah lagi..

Acik Erna said...

assalam norzie..acik memang suka sangat makan kuih apam..terima kasih pada norzie dan noor sudi kongsi resepi

Rohah said...

mmg sedap apam ni,minggu lepas je buat 2 kali bawak balik kampung,tak jemu2 mamam kan..

Ruse Sulaiman said...

Macam2 boleh buat sebenarnya ya.. Nasi pun boleh digunakan buat apam. Kesian saya.. Baru tau

IntaNBerliaN said...

oo senang je yer.. lenkali nk try la.. kne cari tpung beras dulu

Qasey Honey said...

nmpk mnarik apam nasi pandan tu Norzie...lps ni nk cuba la..

Rulita.park said...

sederhana nih resepnya tapi hasilnya kelihatan enak ehhe~ saya suka di sini banyak resep,ingin belajar masak sekarang hahha :D nice saya suka entry kakak yang ini ^^

zila norazila said...

wahh bestnya ..hijau lg..aritu kak nor wat color merah..tp color apa2 pun mmg menarik:)

pet said...

sedapnya.. teringin nk mkn :D tp malas nk buat.. ekeke

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
cantik love2, kaler hijau mesti sedap bau pandan tu kan
dah lama salin resepi ni tp tak terbuat-buat lagi
memang suka apam beras he he cicah kelapa memang tak ingat org belakang dah

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wahhh best ni!! aritu nampak kat dapur kak Noor Brunei.. sekarang ada kat sini.... tak boleh tahan ni... nanti nak cuba.. sebelum tu nak rasa sebiji boleh ke???? hehehhe

Unknown said...

Sedapnyaaa :D

Unknown said...

sedapnya

nazayiena said...

Lepas nie boleh cuba juga....

Nur-nba said...

Kuih ni kegemaran bonda.. Nampak mudah je resepinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...