Saturday 9 June 2012

Masak Lemak Cili Padi Ketam


Assalamualaikum dan salam ceria.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi berkunjung dan mencuba resepi dari dapur ini.
Hari ini sis nak berkongsi resepi masak lemak cili padi ketam.Teman baik sis dari Negeri Sembilan pernah beritahu yang orang nogori kalau masak lemak ayam,daging,ikan,ketam,udang mereka tak masukkan bawang.Dulu sis tak berapa minat masak2 ni cuma minat makan aje,tu yang tak tanya beliau kenapa tak perlu isi bawang.Kenapa ye...mungkin bawang ni ada rasa manis kot.
Masak lemak cili padi ketam ni memang kegemaran anak2 tapi bukan kegemaran ibu dan ayahnya.Susahnya nak ambil isi ketam ni last2 makan kuah aje....biar anak2 yang perabih ketam tu.Okay...tak mahu bebel2 panjang2.
Jom kita berkongsi resepinya.


Masak Lemak Cili Padi Ketam.

Resepi :Norzie hany 

Bahan-bahannya:

  • 1 kilo ketam-dibersihkan
  • 15 biji cili padi-(klu tak nak pedas kurangkan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai-di ketuk
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit gula/serbuk perasa-(suka hati)

Cara memasaknya:
  1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
  2. Masukkan ketam kedalam periuk bersama-sama bahan tumbuk tadi,serai dan asam gelugur.
  3. Kacau sebentar dan masukkan santan pekat dan garam dan gula secukup rasa.
  4. Apabila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Unknown said...

hai Norzie,sedappp nampak masak lemak ketam tu,yalah akak pernah tngok resepi masak lemak yg tak guna bawang ni,tapi style akaksemua guna bawang haha kerja dok perabih bawang lah pulak

sekadar satu coretan said...

Ketammm...peberet nii..baru minggu lepas makan ketam..

Ruse Sulaiman said...

Suka masak lemak ketam. Tapi tu lah leceh nak makan.. ;)
Tulah masak lemak tak payah bubuh bawang. Kalau bubuh rasa tak sedap. Ikut selera sayalah. Santan tu jd kurang lemak

nuha ahmad said...

wah. tenkiu sis. saya suka makan ketam. boleh cuba ni :)

Acik Erna said...

assalam Norzie..kata arwah mak acik,masa arwah ngajar acik masak dulu..masak lemak cili api ayam dan daging kena letak bawang hiris sikit.untuk hilangkan bau..bawwang putih,bawang merah halia.dan serai,dan sedikit serbuk rempah kari..tapi kalau ikan..masak lemak cili api..pantang kalau letak serai..marah arwah ngan acik kalau acik pandai2 letak serai..he he..

pet said...

pergh.. terliur pet tgok.. haha

quinnie said...

sedapnya norzie..ni kalau tinggal kuah pun sayang nak buang..hahahhaha

E.M.0.Y said...

sedapnya sis.. sy suka sgt ketam.. :)

Kasih Salina said...

kalo saya kak, sekali dgn kuah n isi ketam tu saya sapu habis..sedap ooo..

tiefazatie said...

adui la.s.edap tue..lama dh xmkn nie..hee

fieda said...

sedapnya..feveret anak2 saya ni..

Anonymous said...

Sedapnya..lg2 tgh pregnant ni,ngidam plak nk mkn ketam lemak cili api..

Anonymous said...

Air xgna ke msk lmk ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...