Friday 1 June 2012

Talam Kastard Jagung


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapurku ini.
Syukur ke hadrat Allah kerana masih di beri peluang bernafas di muka bumi ini dan dapatlah kita meneruskan bicara di alam maya seperti biasa.Semoga semuanya sihat hendaknya di samping keluarga tercinta.
Pagi ni sis nak tayang juadah istimewa resepi milik Yati@Sinar Kehidupanku...Talam Kastard Jagung.First time buat talam kastard jagung ni,tak sangka menjadi dan enak sekali walaupun tak secantik talam yang Yatie sediakan.Sis memang suka cari resepi talam diblog beliau kerana resepinya pasti tidak menghampakan.Terima kasih ye Yatie kerana sudi berkongsi resepi dan sis mohon share di blog ni pula.
Jom....kita tengok resepinya.


Talam Kastard Jagung
Oleh:Norzie hany


Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah


  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah


  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas


  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas

  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Unknown said...

Salam kenalan NH...berkunjungan disini n 4low u..:)) Btw mmg sedap talam nie...dpt pulak mkn sejuk2...makanya akan laju je masuk dlm mulut nie...hehe

Kakzakie Purvit said...

Rajinnya Norzie... kakak kuih talam yg kena lapis-lapis memang tak rajin tapi kalau makan memang rajinlah:)

Qhaifa Nur said...

sedapnya tengok kuih talam nih...
kena rajin kalau nak makan gini...

Unknown said...

rajinnya adik akak ni menalam akak selalu masak simple2 je sbb kurang rajin buat tapi rajin makan heeeee

kurus said...

wah sedapp
bila tgk talam jagung nie teringat kat talam ubi yg akk beli nie .. hurmm nak makan lah ;)

Qasey Honey said...

cantiknye kuih talam tu...mesti sedap ni...mcm jeles pon yer jugak bile tgk org buat...hihi...jom mnalam gak la sok...

|| NaFiRaa || said...

sedapnye.. suka sgt kalo kuih2 cam nih..

zila norazila said...

wahhh cantik colornya..kita pun suka sgt kuih2 talam nie..dah lama jgk x buat nie:)

Fatindn_ said...

thanks akak .. sedap nie ..

Acik Erna said...

assalam norzie..acik pun suka kuih talam..kalau ada jagung ni lagi la sedap.tapi acik tak pernah buat sendiri..beli je..

Tie HT said...

comel pulak kaler dia tu...rasa dia lagi la best ni kan :)

Izan Ishak said...

sedapnya kak... izan suka apa2 kuih talam ni. tapi kalau buat sendiri mcm tak jadi je.. sedih...

Salmiza said...

salam kenal juga dr sy...
alahai rajinnya kak... nmpk sedap..tp sy x suka kuih lembik2..apatah lg nak membuatnya..hihi

AA said...

thank for sharing.! nanti boleh suruh mak buatkan :P hehehehe

E.M.0.Y said...

thanks sis bg resepi ni. sy nk try juga lah nanti! cantik dan nampak sedap. kalau jadi kuih talam, sy nk bg kawan2 sy rasa. hehe... =)

pet said...

ty utk resepi.. terliur dh :P

IntaNBerliaN said...

sedap ni kuih talam.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...