Tuesday, 12 June 2012

Pizza Mudah


Assalamualikum kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Semalam tak sempat nak buat en3 sebab layan novel 7 hari mencintaiku,tebal novel ni 1048 m/s...best giler.Kalau dah start baca novel memang dah tak jadi kerja.Masak pun main cincai aje...masak sambal sardin,goreng ikan dan berulam timun....cukup.Mujur hubby part makan ni tak ada masalah sgt.
Bila sis cakap nak buat pizza anak2 akan senyum sampai ke telinga,kalau cakap nak bawa pergi makan pizza hut lagi la mereka suka.
Jom la kita buat sendiri...mudah aje.
Untuk adunan ni akan menghasilkan 2 dulang pizza bersaiz 10 inci.Biasanya untuk filling sis guna apa yang ada(ayam/udang/sotong/tuna atau apa2 la)...terpulang pada kesukaan masing2.Rasanya kalau guna sos preego lagi sedap. Sis suka tabur sedikit oregano dan cheese tu biar banyak2 sikit.Tengok la pizza yang dah masak tu sampai tak nampak bahan2 di dalamnya...dah berselimut dengan cheese.Sis juga suka bau/aroma oregano yang buat kita rasa tak sabar nak makan pizza ni.

Pizza Mudah
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya.
375 tepung high protein
25gm gula pasir
1/4 st garam
225 ml air sejuk
1/4 sudu besar bread improver
8gm yis
20gm margerine
Bahan Hiasan/Filling atas Pizza
Sos preego perisa traditional /sos cili-secukupnya
Isi ayam,udang,sotong atau tuna(terpulang)
Cili benggala-di potong
Cendawan butang-hiris
Bawang besar-hiris bulat.
Nanas-potong kecil
Oregano-tabur
Serbuk cili-tabur
Mayonis
Cheese mozzarella-tabur
Cara-caranya:-
1-Masukkan bahan2 kering gaul sampai sebati.
2-Masukkan air,dan uli doh sampai lembut .
3-Masukkan margerin uli lagi hingga doh jadi elastic.
4-Perap doh selama lebih kurang 20 minit.
5-Roll atau leper kan doh pizza dan biarkan lagi selama 20 minit.
6-Sapukan permukaan doh yang telah naik dengan sedikit minyak zaitun bakar 5 minit.
7-Sapukan sos tomato/sos cili,dan tabur filling kegemaran anda di atas doh.
8-Biarkan sebentar dan bakar dengan suhu 190c-200c selama 20-25 minit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 ulasan:

Kakzakie said...

Dah tak perlu nak ke pizza bagi kalau macam nie kan. Puas hati buat sendiri... jgn macam kakak tengok org je semangat tapi tiba rumah malasnya Norzie...

ros_reeza said...

Salam...

sedapnya pizza...buat sendiri je.. boleh letak apa2 yg kita suka :)

eita said...

sedap sangat ..hari tu try buat...boleh lah tahan rasanyer...

mama sara nur said...

rajinnya sis baca novel, kalu layan memang asyik kan he he
wah memang bestlah pizza sisi diselimuti cheese, memang sedap tu
lama jg x buat pizza sendiri, tgh tunggu angin rajin hi hi

ct rahani said...

klu gini dh x yah pegi pizza hut lg kak.. dahlah mahalkan.. wat sendiri lg jimat n sedap.. hehe..

IntaNBerliaN said...

pizza ni fav sy ni kak.. kalu saiz medium tu.. sy blh hbs sengsorang.. hihii

Rulita.park said...

suka banget pizza wah sekarang saya boleh buat pizza sendiri xixixii ^^

Kasih Salina said...

saya suka makan pizza tapi tiada kerajinan untuk membuatnya kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...