Sunday, 10 June 2012

APAM ICE CREAM CORNETTO


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ini.
Sekejap aje masa berlalu dimana esok anak2 kita dah start bersekolah seperti biasa.Mujur pihak UIAM panjangkan seminggu lagi cuti semester...bermakna ada masa seminggu lagi menghabiskan masa bersama anak sulungku.
Jom kita layan resepi apam ice cream cornetto.
Terjumpa resepi enak ini di blog masam manis....teruja dan sangat tergoda.Syukur Alhamdulillah resepi ini sedap dan tidak menghampakan.Seperti Ita sis juga tambah sedikit ovalate di dalam adunan apam ni.Terima kasih kepada Ita dan penyumbang resepi ini mama Fami dan izinkan sis share disini untuk rujukkan diri sendiri dan rakan2 yang lain.


APAM ICE CREAM CORNETTO
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mama Fami

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan ice-cream soda
  • 1 sudu essence rose
  • sedikit pewarna merah (suka hati)
  • keroncot kertas secukupnya (5.5 in x 4 in)
  • 1 st ovelate
  • Coklat masakan
  • Hiasan(sedikit kekacang)
Kaedah penyediaan :

1. Pukul telur + gula hingga kembang dan tambah 1st ovalate
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. 1/4 adunan warna merah, yg selebihnya biar kuning.
5. Masukkan keroncot/kelongsong/kon kertas ke dalam lubang kukusan.
6. Tuang adunan kuning kemudian merah.
7. Kukus 15 min.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

29 ulasan:

nis said...

thanks for the resepi. ^^

mama sara nur said...

assalam sis
kreatiflah, mesti berebut-rebut anak2 tgk ni
esok dah mula sekolah he he tugasan sperti biasa tgh menanti he he

Ann Ishak said...

Mukanya saya ingatkan ice cream betul tadi...rupanya apam, memang menarik

MulutPayau said...

ingtkan aiskrim....rupanya apam...mmng kreatif dan menarik....tentu sedap....

IntaNBerliaN said...

ololooo comelnya bntuk kon cam gini :-)

.:|kamaryeah|:. said...

comel nyer lah~
x sampai hati plak nk mkn da gini rupenye~

izan mama mia said...

like...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wow! cayalah!! memang sebiji macam ice cream cornetto.. :)) nak makan kena kunyah tak perlu di slurrpp hehee... best.. Insyallah bila free ingat nak cuba jugak. tapi ada ke korem yang nak ajak makan?? jamu mata kat sini aje yaa..:))

Qasey Honey said...

wahhhh...nk 2 ketuii cornetto tu..

Acik Erna said...

assalam norzie..acik pun tertarik tengok apam ni..ada masa teringin nak mencuba

Uncle Jonni said...

apam ke... uhuhhuhu... sebijik cam eskrem... mesti bebudak suka..

Bicara Kak Noor said...

rajin nya Norzie, akak ni berangan je nak buat tapi belum lagi tahap kerajinan macam Norzie ni cuma rajin makan je apa2 pun tahniah kerana mencuba resepi yg rasanya sngt susah jugak tu kan..

Ummi Iman said...

Menariknya.. budak2 mesti suka

Si Matatajam said...

Amboi... Mmg tergoda aih.... Kreatif la... Terbaikkkkk..

ibundo said...

apam m acam ni kalau dapat kat bebudak, mesti berebut. Sebijik macam koneto tu..

syiela said...

adeh tergoda ai.. nak makan pun sayang

dapurCikWan said...

tergoda betul! heheh..telan liur je la cikwan hari ni.. ;)

eita said...

sebijik macam aiskrim betol..
pandainyer buat

QueeN TerataI said...

salam kenal dan follow kembali.. wah sya ni mmg tak pandai memasak.. nnt kalau nak masak je saya rujuk ke blog ini.. :)

FnF Simple Life said...

salam kak...aduh...comelnye apam ice cream ni...geram sgt...

|| NaFiRaa || said...

kreatifnye~

Kasih Salina said...

menariknya resipi apam ni..budak2 tengok mesti suka, org dewasa pun sama juga la..

tiefazatie said...

wah..sgt comel!syg nk mkn..hee

quinnie said...

rajinnya kak norzie...:)

fieda said...

akak..comelnyer apam ni..

Nurakmaniza said...

ala....mcm mne nak buat...nmpak ssh je nk bt...tp menggoda sgt kuih ni :)

Nora Karim said...

tak sampai hati nak mkn... cantik... hehehe

QasehnyaRania said...

ala terer sis buat..
sebijik mcm ice cream ;)

minta izin copipes resepi,boleh?

Myra Jay said...

Huwaaa sedapnya...
Tak penah jumpa lagi kuih ni, mesti sesedap eskrem Cornetto kan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...