Saturday, 2 June 2012

Carrot Cup Cakes


Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua rakan yang sudi bertandang di dapurku ini.
Musim cuti sekolah ramai rakan2 yang pulang bercuti bersama keluarga di kampung halaman masing2.Dah lama juga saya tidak pulang ke kampung.Time cuti sekolah ni anak bongsu pulak ada tuisyen sbb tahun ni beliau ada peperiksaan UPSR. Sebut pasal kampung mulalah tangkap syahdu...huuaaa(rindu mak).
Jom kita layan carrot cup cakes...rasanya memang sedap sebab sis masukkan badam yang di panggang di dalam adunan ni.Kalau rajin boleh deco dengan aising di atas cup cake ni...kanak2 pasti suka.
Jom... kita kongsi resepi carrot cup cakes ni,kalau rajin boleh buat bisnes.



Resepi Carrot Cup Cakes
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:

115gm butter/margerine
110gm gula castor
15 gm tepung naik sendiri
1/4 soda bicarbonate
2 biji telur
1/4 teh garam
40gm badam hancur-panggang
50gm carrot-parut
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1)Pukul butter dan gula hingga kembang
2)Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla dan garam.
3)Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bicarbonate dan gaul dengan senduk kayu atau spatula.
4)Masukkan carrot dan badam.
5)Masukkan adunan dalam mangkuk kertas sebanyak 2/3 penuh.
6)Bakar selama 15-20 minit dalam suhu 170c

Butter Cream
150gm shortening
450gm butter/margerine
180gm gula aising-ayak
1 sdu teh esen vanilla.
Cara:
1)Pukul shortening dan butter hingga putih.
2)Masukkan gula aising dan pukul lagi sampai kembang dan gebu.
3)Masukkan esen dan warnakan ikut kesukaan anda.
4)Simpan sekejap di dalam peti ais sebelum deco di atas kek



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Bicara Kak Noor said...

sedanya karot cup cake ni kalau dpt sebiji dua utk mengubat luka tenghari ni best jugak heeee

Scha Lalala said...

waa sedapnya tgk gambar tu, dahla comel. bole try ni ;)

teratak hati said...

Blh smpn resepi ni..nti rjin2 blh try..

rostina76 said...

salam Norzie...ros kunjung balas & follow gak sbb byk boleh belajar kat sini ;)

IntaNBerliaN said...

wah.. time rajin blh try ni. :-)

Acik Erna said...

salam norzie..cantiknya bunga atas cupcake tu

Kak Rose said...

Asalamualiakum dan salam kenal jugak untuk norzie... tq singgah kat rumah buruk kak rose n follow jugak...

datang nak rasa cupcake comei tu jugak!

♥ MS ♥ said...

wah. best lah blog akak. taip2 hari ada rezepi makanan. kan bagus kalau sesekali belanja kita makan. hehehe

Dieyna said...

wow.. ada resepi... menarik..............

cik dila said...

oh!!tq di atas resepi itu...
newayy..sy pun anak felda jugakk..=)

Anis Nisa said...

boleh cube ni..:))

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tengok gambar dah tau sedap ni...
Thx sudi kongsi resep..
ada masa boleh cuba nanti...

Ummi Iman said...

Cantiknya decor atas kek. Sedap nampaknya

~~oOpEt~~ said...

sedapnya cupcake.. siap ade resipi lg :)

Suriyana S Aflazal said...

Zie..ni pakai oven moden ker bakas guna acuan tembaga ni eak..

Nazayiena said...

Nanti klu nak buat boleh refer blog Norzie...

Azilla said...

Cantiknya ros kat atas kek tu, mesti sedap keknya, nanti bolehlah cuba time rajin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...