Saturday 29 December 2012

Pulut Udang Utara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nak tayang kuih kegemaran sis....pulut udang atau pulut panggang.Sebelum ini ada juga sis buat n3 pulut panggang atau pulut udang di SINI.Tapi untuk resepi ni ada sedikit penambahan bahan pada intinya....dari segi rasa kedua-duanya pun sedap. 
Pulut udang ni memang sedap di sajikan untuk sarapan pagi atau waktu minum petang....sis suka makan ketika kuih ni masih panas2.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah mencuba resepi ni ye. 


Pulut Udang Utara
Oleh:Norzie hany

Bahan untuk pulut:
  • Daun pisang yang dilayur secukupnya
  • Sedikit minyak
  • 2 cawan pulut-rendam 3 jam
  • 2 cawan santan
  • Sedikit garam
Caranya:
  1. Basuh pulut dan toskan.
  2. Masukkan kedalam loyang bersama santan dan garam.Gaul rata dan kukus sampai masak.Bila dah masak angkat.
Bahan inti(kisar) :
  • 1/2 biji kelapa parut - putih
  • 10 biji cili kering-kalau nak pedas boleh tambah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 sudu besar udang kering
  • 7 biji bawang merah
  • 5 batang serai
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu tehl jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Sedikit air
  • Garam dan gula-secukup rasa
Cara buat inti:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya,tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan kelapa parut putih dan gaul hingga inti masak dan garing.
  4. Angkat dan sejukkan.
Cara buat pulut udang:
  1. Letakkan pulut yang dikukus tadi diatas daun pisang yang telah di sapu sedikit minyak.Tekan/leperkan pulut tadi.
  2. Masukkan inti ditengah2 pulut dan gulung daun dan semat dengan lidi di kedua hujung daun ni.
  3. Bakar atau panggang hingga garing.
*Korang nampak tak pic pulut panggang yang sebelum di panggang tu bersinar.Bila dah siap dan seblm panggang sis sapu dgn minyak di bahagian luar daunnya.Dgn cara ni bila dah siap bakar nanti tak la nampak kulit pisang tu kering sgt.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

16 ulasan:

Unknown said...

salam Norzie..
lama nya akak tak makan pulut udang ala utara ni mmg power giler ni kalau kita makan mmg tkde kat tempt lain hatta kat brunei ni kalau nk makan yg utara mari mesti kena buat sendiri lah jawabnya..

Tie HT said...

saya kalau jumpa mesti kena beli ni..kalau buat,sure sy sorang je makan..
alasan utk mbeli:)

thanks 4 sharing kak :)

Lieya Von Jay said...

yummy.. nmpak sedap. thanxx follow kiter,, done following u back. :)

Amie said...

Terima kasih Norzie kongsi tips supaya daun pisang nampak berkilat selepas dipanggang. Kita suka makan pulut panggang yang banyak inti... kalau buat sendiri memang berbaloi kan.

Unknown said...

sedapnye kak norzie zila cukup suka pulut udang ni..lemak, pedas mang sedap la..nmpk mesti nak beli..nanti nak try jugak la..pulut ada tu ha

kak tie said...

peberet saya pulut ni,kat tmpat saya kita panggil pulut panggang..intinya ikan...
ada makcik jual..panas2 lagi..diorang bakar kat tmpat jual tu la...
mmg laku...kejap je habis

Unknown said...

sis, saya tengok pulut udang ni terus tringat kat kampung nun jauh utara sana... sedap!!

Unknown said...

ni kegemaran saya ni... aduiiiiii.... kt mana la nak cari ni.... aduiii

Mylesung said...

sedap! sedap!

Evelyn Gemina said...

Selamat malam kak norzie...

Kuih kegemaran suami ni, tapi saya mmg fail membuatnya,heheheh

Rohah said...

lama tak buat, ari tu si kecik kita mintak buatkan, tp tak buat lagi..

Jefry said...

mudha sekali cara buatnya
terima kasih atas info rsepnya

Sue Bee said...

suka pulut udang..SB guna udang sambal yeos je sebagai inti..

Unknown said...

ada ajen jual pulat udang kat kuantan tak...

Unknown said...

klu ada nak oder kami org kedah ...

Iliani’s Homecooking said...

Kalau turun area IKEA Damansara boleh order dgn kami. InshaAllah sedap rasa macam orang Kedah dulu2 buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...