Monday 10 December 2012

Jemput-jemput Jagung


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.
Bertemu lagi di en3 kali ini,setelah 2 hari bercuti dari berblog....terasa lama la pulak he3.
Biasanya kalau beli jagung mesti sis simpan sebiji dua untuk buat cekodok atau jemput2 jagung ni.Cekodok ni memang fav sis....nak buatnya pun mudah aje,sis rasa semua orang tahukan.
Kepada adik2 atau sesiapa sahaja yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini...bahan untuk udang tu boleh juga di gantikan dengan ikan bilis,ikutlah citarasa masing2.


Jemput-jemput Jagung
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji jagung-ambil isinya
  • 1 cawan udang kertas-buang kulit
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang besar-hiris 
  • 1 biji cili hijau/merah-hiris halus
  • 1 3/4 cawan air suam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak-untuk menggoreng
Cara-caranya:
  1. Bancuh tepung gandum,telur dan garam dengan air suam hingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan2 yang lain dan gaul rata.Perap lebih kurang 5 minit.
  3. Panaskan minyak dan basahkan hujung jari dengan air dan jemputkan adunan kedalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Unknown said...

sedapnya jemput2 jagung..
mesti blaja buat resepi baru ni..
xpenah lagi wat resepi ni :)

Cik Nor said...

tetiba laparlah plk..:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama akak tak buat jemput2 jagung ni Norzie... anak2 akak cukup suka ni.. semalam akak buat jemput2 milo atas permintaan anak-anak :D

nanieydotcom said...

sdp ni mkn panas2.. tak pernah lagi makn jemput jagung. slalu mkn ikan bilis je :)

slm kenal.. folo sini blik

nanieydotcom said...

sdp ni mkn panas2.. tak pernah lagi makn jemput jagung. slalu mkn ikan bilis je :)

slm kenal.. folo sini blik

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tempohari pun dpt mkn jemput2 jagung air tangan ma tersayang... jadi bertambah2 sedap bila ma yg masak.. hehe...

Kakzakie Purvit said...

Kakak semalam buat jemput-jeput ikan bilis. Tak ada jagunglah norzie. Kalau ada boleh juga buat kan. Sedap ni..

CT Delima said...

As'salam Norzie, selalu buat cekodok telur dan ikan bilis aje. jagung tak pernah lagi :)

P.A. said...

mak sy selalu buatkan...sedappp tapau mkn time bfast..nyum2x...:)

Amie said...

Inilah menu sarapan kami di pagi hari... kalau boleh anak2 mahu setiap hari... syukurlah ada stok tin jagung, tak ada udang, ikan bilis pun boleh pakai... sedapkan Norzie.

Anum said...

nyum2 sedap nie

zila norazila said...

makan panas2 sedapnya..cicah sos..waallaaa kecurr:)

Kasih Salina said...

cucur jagung memang sedap kak..

syiela said...

kalau hujan2 best ni.. kena pulak panas2

Tie HT said...

as salam

my fav ni, kat entry lama ada la ni..skang dah lama tk wat keke :)

lina@happy family said...

Terima kasih sudah berkunjung :)
Pasti enak dimakan selagi hangat.

fieda said...

sedap ni..selalu gak beli kat gerai blkg umah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...