Tuesday 4 December 2012

Ayam Sosha Istimewa



Assalamualaikum dan salam ceria semua.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di blog SNH.
Terus pada tajuk en3 kali ini....resepi ayam sosha istimewa.Semalam sis masak nasi minyak hujan panas(kena pulak dengan cuaca semalam) dan ayam sosha istimewa ni lah sebagai lauknya.
Bila kita tengok rupa masakan ni macam ayam masak merahkan.Tapi dari segi rasa memang berbeza....rasanya memang sedap sangat dan kena dengan selera dan citarasa kami sekeluarga.
Terima kasih kepada penyumbang resepi hajah Asmah Laili(tak ada link) dan resepi ini sis copy dari blog Madiha.Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba resepi ayam sosha istimewa ni sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat Mencuba. 


Ayam Sosha Istimewa
Oleh:Norzie hany
Sumber: Hjh, Fatimah Hj Ahmad@Asmah Laili

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 ekor ayam ~ buang kulit dan segala lemak dan potong 12( lumur kepingan ayam dgn sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak )
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 5 biji pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu makan cili kisar
BAHAN KISAR HALUS:-
  • 2.5cm halia
  • 5 biji bawang putih
  • 10 biji bawang merah
BAHAN-BAHAN LAIN:-
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 tin tomato puree 
  • 1/2 cawan hirisan daun pudina(sis tak letak,tak ada stok)
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • Sedikit madu atau gula pasir (sis letak madu)
  • 2 biji tomato ~ belah 4
  • 1/2 kilo bawang kecil dijadikan bawang goreng
  • 1/2 cawan kismis ~ digoreng dan ketepikan
  • 1/2 cawan gajus ~ digoreng dan ketepikan
  • 1 biji tomato ~ dihiris utk hiasan
  • Sedikit kacang peas utk tabur
  • Sedikit minyak utk menumis
  • garam + perasa secukupnya
CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing. Kemudian barulah masukkan serbuk kunyit. Kacau rata.
  3. Masukkann pula tomato puree. Balik-balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar,tinggalkan 1/4 utk hiasan.
  4. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
  5. Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng. Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
  6. Semasa menghidang taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.
*Enak disajikan dgn nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari

Selamat mencuba!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

15 ulasan:

Unknown said...

wow ayam sosha baru pernah dengar ni nampak santik je tu pasti sedap ni Norzie kan

Jahirah said...

sosha..hee xpnh dengar sblm ni...nmpk sodap.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Shosa tu apa Norzie.. nampak sedap dn menyelerakan tu :D

Unknown said...

sedapnyaaaaa

zila norazila said...

mkn degn ketupat pun sedap nie sis..suka lauk kering2 camne best:)

umiyumi said...

Salam sis,
wah nampak menyelerakanlah. mcm ayam masak merah pun ada.. mesti sedap mkn dgn nasi putih, nasi minyak atau nasi tomato kan? :)

syiela said...

terliurnya.. tak pernah dengar ayam sosha ni.. boleh mencuba nanti

iffah hazwani said...

Sedapnya :D

Kasih Salina said...

1st time dgr resepi ni kak..mesti sedap nih..

Evelyn Gemina said...

Sedap & menarik sekali : )

Tie HT said...

as salam

emang nampak sedep..nasik ujan panas tu saya suke sbb berkrim, bubuh susu cair kan:)

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum sis.

Wah..tgk gambar mmg sebiji rupa ayam masak merah. pas tu kalau dah penyumbang resepi ni puan hajjah asmah laili tu, mmg confirm lah sedap resepinya. Dia tu kan selalu juga masuk dalam rancangan masakan di tv... Unik kan nama menu ni..sosha..

Rohah said...

salam kak, menarik resepi ni, bolehlah dicuba nanti..

Si Matatajam said...

First time M tengok resepi ni..nama pun unik..nnt bleh try..

fieda said...

bestnyer kalau akak duk depan umah saya..ari2 bau pun jadilah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...