Thursday 13 December 2012

Serimuka Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kuih serimuka pandan ni sis buat untuk minum petang semalam.Pagi2 sis dah siapkan seloyang dan bila petang baru potong.Kuih serimuka yang tersedap yang pernah sis makan,memang betul2 dah jatuh hati dengan resepi ni.Terima kasih ye Chef Asma kerana sudi berkongsi resepi kuih serimuka yang enak ini dan resepi ini sis ambil dari blog Yatie.
Kepada sesiapa yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba.

Serimuka Pandan
Oleh:Norzie hany
Sumber:Chef Asma

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-

  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B

  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence-(sis tak letak sebab gunakan fresh pandan)
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-

  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

19 ulasan:

LiNa_Pg said...

assalam..cantik sama tebal jerr lapisan pulut ngan ijo tuh.Tak pernah wat pulut seri muka ni.Ada hati gak nk menerai tp asyik dok wat pulut serikaya gak..

Yatie said...

kuih kegemaran akak ni Norziey, kalau dekat maunya akak nak rasa gak ni..sedapkan kuih ni...tq sudi mencuba dan menjadi dngn cantiknya..

Unknown said...

kuih peberet nih! sedapppp

Unknown said...

kuih peberet nih! sedapppp

Fzda said...

saya suka... ini kuih kegemaran saya.. tapi kan saya makan yang hijau je,. biasanya yang putih tu saya buang.. hehehee

Mia Liana said...

uiii sedapnya.. mia sangat suka ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ni kuih feberet sy ni kak norzie... lama dah tak buat... sedapnya!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mak wani selalu juga buat seri muka ni...sedap :-)

LELA LIKE LELE said...

kue apa untuk 121212 Cik ?

nasir hamzah said...

Teringat masa bulan puasa, selalu gak beli kuih ni..

Salam perkenalan dari NH..

zila norazila said...

nampak sedap sis,
zila x pernah buat lagi srimuka..tgok org buat sedapp jew..lapisan atas tu cantik sis.

-meeSUPERGIRL- said...

lahai sedapnyeee ...

are_lin@yu said...

feveret jgk ni..hehe

Golden Rose said...

nampak sedap....suka kuih ini xp tak penah buat seniri...t nak cube...hopefully jadi

EmbunRosaliza said...

Assalam , mesti sedap lemak berkrim kepala hijau tu, nampak lembut dan cantik

Si Matatajam said...

Cantiknya M tengok lapisan atas seri muka tu...teringin plak nak makan..mai skit kak..

Yaya Mohd said...

yaya suka mkn serimuka ni...
mmg berseri2 muka lepas mkn..hehe (okeyh,ni tipu ;p)
tapi bab nk wat sdri tu yg pyh sbb bnyk cara n bhan..huhu

Sue Bee said...

cantik la potongan kuih ni..hijaunya tak pecah-pecah..knapa??

Jujubabes said...

kite suke makan kuih seri muka ..kalo kite buat mesti tak jadi ..huhu cantik akak nye kuih seri muke :) ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...