Thursday 6 December 2012

Kek Pisang Marble

Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Bila tengok pisang emas yang baru bawa balik dari kampung baru2 ni dah masak ranum terus terfikir nak buat kek pisang.Elok sangatlah....lagipun dah lama sis tak makan kek pisang.
Inilah dia kek pisang marble untuk minum petang kami hari ni.Kek pisang ni memang sedap dan gebu sekali....nak buatnya pun mudah sgt.
Kalau sesiapa yang berminat nak mencuba sis sertakan resepinya di sini. 
Selamat mencuba. 


Kek Pisang Marble
Oleh:Norzie hany
Sumber: Sofinar@Myr

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - (sis guna 200gm )
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus 
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar (sis tambah)
  • 1 besar coklat emulco (sis tambah)
Cara-cara
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
* Untuk kek pisang marble-Bahagikan aduanan kepada dua bahagian dan satu bahagian masukkan coklat emulco.Masukkan adunan kedalam loyang berselang seli sehingga habis. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dapat sepotong petang2 ni alangkah sedapnya!

saly said...

cantik tgk kek pisang tu..

Unknown said...

Kak norzie dapnye..zila suka kek marble gebus gebas...ada pisang lg

Unknown said...

Kak norzie dapnye..zila suka kek marble gebus gebas...ada pisang lg

mutfagabuyrun said...

nefisssss.

Amie said...

Kalau nama kek pisang... memang tak pernah tolak... suka!

insan_marhaen said...

terima kasih resepinya..nampak sangat sedap..(✿◠‿◠) ~

Annamariana1989 said...

sedapnya....
nak cuba la nanti..
harap2 jadi..
=)

Miss Zahirah said...

waa.. nmpk sedap..
ade tips nk wat kek yg lmbut x?
kongsi la.. ;)

Rizal Uye said...

enak ne

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kalau dapat rasa mesti lg best ni kihkihkih

Unknown said...

simple jer resipinye.. nih nak cuba nih~

fieda said...

comel jer kak kek tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...