Friday, 7 December 2012

Ayam Perap Masak Kicap


Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Resepi ayam lagi....kalau masak lauk ayam laju aje anak2 makan,lagi-lagi kalau berkicap macam ni.Anak dara sis penggemar tegar kicap....kalau makan nasi mesti nak merenjis kicap.
Kalau nak tahu sudah ramai rakan2 blogger yang sudah mencuba resepi ayam perap masak kicap ni.Kiranya resepi milik kak Fida ni masuk carta jugalah dalam entry blogger2 masakan satu ketika dulu.
Kalau dah tersenarai dalam carta mestilah sedapkan.Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba sis sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.


Ayam Perap Masak Kicap
Oleh:Norzie hany

Bahan A :
  • 1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
  • 6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
  • 1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit *
  • 1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
  • 1 - 2 sudu besar air asam *
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji kentang - potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
  • sedikit daun sup,daun bawang - dihiris

Cara :
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
  2. Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  3. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
  4. Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  5. Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
  6. Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sup dan daun bawang jika suka.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Tie HT said...

as salam

sedapnye ayam tu..nampak berperisa :)

LiNa_Pg said...

Assalam,bila tgk aym kicap perap ni br teringat dh pernh wt kn cr blik gmbo.Adeh terliur la pulaj.Tak jumpa gambo kena wt lagi la nmpk gayanya

Amie said...

Memang best ayam masak kicap... anak-anak tak pernah tolak menu ini, licin habis kalau boleh nak jilat pinggan!

Rohah said...

sedap kalau tgk bahan2nya,lagi2 diperap..ayam dah kuar..nak buat gak ni..

Kakzakie Purvit said...

Kakak berangn nak buat nasi style Norzie esok mungkin boleh lawan dgn ayam masak macam ini juga kan...

zila norazila said...

sedapnya..ramai yg dah buat ayam perap nie..ptg2 tgk lapar pulak la sis:)

zila norazila said...

sedapnya..ramai yg dah buat ayam perap nie..ptg2 tgk lapar pulak la sis:)

Unknown said...

sedapnya.....

budak kecik said...

wah boleh try nih! senang pulak tuh. harus lah cuba ni. tq! ;))


eh2. pernah dgr ALSD2 tak? moh ler singgah2 ke blog sy kalo berazam nak kurus utk thn 2013. hee ;)

ajumohit said...

emmm ayam kicap menu mudah utk disediakan dan menjadi kesukaan anak2 ;)

izzati khairunnisa said...

yummy3...sedapnya :D

eita said...

terliur tengok tomato...

fieda said...

haaaa...ni feveret anak2 saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...