Thursday 27 September 2012

Talam Keladi


Assalamualaikum semua dan terima kasih kerana sudi singgah di dapurku ini.
Sudah lama sebenarnya teringin nak makan talam keladi,tak pernah jumpa orang jual talam ni jadi nak makan kena la merajinkan diri buat sendiri.Kalau nak tahu ni kira 1st time buat talam keladi...Syukur Alhamdulillah menjadi dan sedap bagi orang yang gemar kuih2 lembut seperti ini.


Sis buat 1/2 adunan sahaja dan menggunakan loyang kecil 6x6x3....cukup la untuk kami bertiga.
Resepi talam keladi ni sis C&P dari blog Yati dan resepi asalnya adalah milik Chef Asma.Terima kasih kepada penyumbang resepi ini dan sekira kawan2 ingin mencuba,sis sertakan resepinya di sini ye.


Talam Keladi
Oleh:Norzie hany
Sumber: Chef Asma


Bahan-Bahan Utk Lapisan Bawah(A)
  • 220 gm tepung beras 
  • 40 gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 5 sudu besar gula pasir 
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  • (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)

Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  4. Kukus selama 25 minit

Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150-180 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3-5 biji telur (Sis guna 3 biji telur je)
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • sedikit pewarna purple

Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

Cik Puan Izan❤ said...

cantiknyaa..nampak sedap.. saya pun suka kuih talam tapi tak berani cuba buat sendiri... kuih talam ni dia tak melekat dekat loyang yeh? nampak potongan cantik

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun suka makan kuih2 yang lembut macam tu. :)

Kasih Salina said...

assalamualaikum kak norzie..saya belum pernah rasa lagi kuih talam keladi..memang chef asma suka buat kuih talam kan..

Saya Disini said...

sedpnye

Marsita Yahya said...

Salam, suka makan talam keladi tapi tak pernah buat...

HaSue said...

Tak pernah gak buat kuih talam keladi ni..wpun ade jenkeladi blkg umah buat ms ni.hihi...bila tah nk buat..aih...cntik talam keladi tu...nmpk yamm..hehe

Rosidah Binti Muhamad said...

saya pun suka talam keladi ni..klu kat melaka nie nak beli payah sikit..
sedap nampak kuih talam akk nie..

syiela said...

saya suka.. si kembar lagi la suka! :)

zila norazila said...

talam nie biasa jumpa bulan pose jew..klu ari biasa mmg x pernah nmpak org jual..cantik jew tgk sis buat..licin dan kemas..jeless..kita mmg x reti nk potong cantik2 camtu .

nazayiena said...

Suka talam keladi,tp x pernah cuba buat.

Fuat Gencal said...

Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok güzel ve leziz görünüyor.


Saygılar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...