Sunday, 2 September 2012

Pandan And Vanilla Cupcake



Assalamualaikum semua.
Sekejap aje masa berlalu dah masuk pertengahan Syawal....apa pun masih mood raya.
Pandan And Vanilla Cupcake yang sis buat tengah hari tadi.Walaupun rupanya tak barapa cantik tapi rasanya sedap sekali....wangi bau pandan gitewww.


Sis ambil resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan....Terima kasih ya Mat Gebu atas resepi cup cake yang enak ini,Izinkan sis panjangkan di blog ini untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.


Pandan And Vanilla Cupcake
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
130 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh pes pandan
160 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Coklat chip secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna papercup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula kstor dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan purar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.
  3. Ambil 4 camca besar adunan dan campurkan dengan pes panda, kacau rata. Sudukan adunan biasa 1/2 penuh masukkan sedikit adunan hijau. Lorekkan kan dengan chopstik sebanyak 2 kali. Buat kaedah sama pada baki adunan. Tabur coklat cip pada setiap bekas
  4. Susun dalam loyang dan bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

15 ulasan:

Acik Erna said...

assalam norzie,,rupa tidak penting yang utama rasa..tengok gambar pun dah tau kegebuannya

Tihara said...

betui tgk gsmbo dah rasa nak terkam :)

mamasaly said...

bestnya tengok cupcake pandan vanila tuu.. tQ sis nnti ada masa bleh cuba..:)

eita said...

napok sungguh sedap

Pn. Sheila@CC said...

salam kenal gak.. hehe... mcm sedap jer muffin tu... em.. leh try buat ni...

Nasuha said...

klu guna telur gred lain blh tak?

mama sara nur said...

assalam sis
sedapnya, bau wangi pandan yg harum semerbak ke sini

Myra Jay said...

Sedapnya..... Warna memikat :D

syiela said...

yang penting rasa... nyum nyum nyum

quinnie said...

saya pun nak tumpang nyum nyum kalau ada lagi..hehehe

Amie said...

Aroma pandan memang mampu membangkitkan selera kan Norzie...

Choco Ani said...

Salam Kak Norzie.. Ani datang ni n follow jugak ya.. wah wah ada cupcake plak tu.. langkah kanan ni ;)

IntaNBerliaN said...

alahaii sedapnya nampak...

✉ ¥ana Fauzi ✉ said...

Gebu aihh , nak nak ! :x haha .

fieda said...

wah..nmpk gebu la kak..sedp la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...