Tuesday, 18 September 2012

Apam Tapai


 Assalamualaikum dan salam ceria.
Apam ni di buat menggunakan tapai nasi.Dah selalu sangat baki nasi buat nasi goreng....jemu juga hari2 makan nasi goreng.Daripada nasi di buang sis campurkan dengan ragi untuk di jadikan tapai.Di sebabkan sis mmg penggemar tegar kuih apam,jadi bila makan sebarang apam pun rasa sedap aje.
Kalau bersarapan atau minum petang juadahnya kuih apam memang sis lah orang yang paling lambat tinggalkan meja makan.

Untuk adunan ni banyak juga dapat lebih kurang 30 biji gitu tapi bergantung pada saiz acuan yang di gunakan.




Apam Tapai
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan nasi 
  • 1/4 tsp serbuk ragi (ragi yang telah di hancurkan)
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 tsp eno
  • Pewarna (jika suka)
Cara membuatnya:
  1. Gaul nasi bersama serbuk ragi yang telah di hancurkan hingga sebati.Simpan/peram 1-2 malam sehingga nasi berair seperti tapai.
  2. Campurkan tapai nasi bersama semua bahan tadi kecuali eno.Blend supaya tidak bergentel.
  3. Perap selama 5-6 jam.
  4.  Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  5. Campurkan adunan yang telah di perap tadi dengan serbuk eno.Kacau hingga sebati.
  6. Tuang adunan dalam acuan dan kukus selama 15 minit/hingga masak.
  7. Hidangkan bersama kelapa yang di gaul bersama garam.Boleh juga di makan tanpa kelapa.
*Kelapa yang telah di gaul garam boleh juga di kukus sekejap(cara ini kelapa tahan lama dan tidak cepat basi).

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

17 ulasan:

Mieya Atiera said...

Mieya suka sangat dengan apam dari tapai nie. sedap.

Amie said...

Sedapkan apam begini Norzie...

Sue PeLik said...

aduhhhhhhhhhhh cnteknyaaaa putih dengan pink!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam NH..mmg sedap apam tapai nasi..lembut jer kan?kalernya pon cantik tuh!

Kakzakie said...

Ohhh... macam tu ye Norzie. Kakak tak pernah makanlah (teringin) atau dah makan tapi tak tahu ianya apam tapai..

Miza Yusof said...

Salam kenal Kak Zie :)
Sedapnya apam tapai.
Dari kecik sampai sekarang memang apam kegemaran miza :)
gebu-gebu nih. comel :)

Marsita yahya said...

Salam Hany,
akak ni kan dari sehari ke sehari nak buat apam ni..eno dah beli dah tapi tak tahu bila nak buat...banyak beno resepi dalam kepala nak di cuba dulu...

ummi_norseha said...

sedapnye...sk sgt mknan yg bertapai...:)

syiela said...

sedapnya.... mmg menggoda jiwa

|| NaFiRaa || said...

sedapnye tgk apam nih~ menggiurkan~

Tihara said...

nice,apam ni fav emak saya, saya tak berapa tapi saya suke apam betawi yg color kuning tu.. :)

eita said...

macam apam eno yg arwah mak ita selalu buat..
sedap sangat

zila norazila said...

sedapnya sis..kecur pulak tgk apam tue:)

Uncle Jonni said...

wah... mesti sedap... huhuhuu

IntaNBerliaN said...

alahaiii comelnya warna dia..

Bulan Syurga Firdausi said...

mintak sikit heee

fieda said...

saya tak pernah lagi mkn apam dari tapai nasi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...