Wednesday, 26 September 2012

Soto Dari Buku Resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalamualaikum dan Syukur Alhamdulillah kerana di beri peluang lagi kita bernafas di muka bumi Allah ini dan dapatlah kita bertemu seperti biasa di alam maya ini.
Terus pada en3 kali ini....soto resepi milik novelis kesayangan sis sebenarnya.Buku masakan yang di hadiahkan untuk sis tidak di persiakan.Dah banyak resepinya sis cuba,memang kena dengan selera dan citarasa kami sekeluarga.
Sis tak akan paparkan semua resepinya di sini....kalau korang nak kenalah beli buku resepi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.Terdapat lebih 70 masakan  di sajikan,menu tersebut merupakan resepi turun temurun ahli keluarganya.Harganya sangat berpatutan dan jangan lupa ye dapatkan buku ini di pasaran.
Sebenarnya sudah 2 kali sis buat soto mengikut 100% resepi Sha,kali pertama tu sis terlupa nak snap gambarnya.Sebab sedap sangat tu yang buat kali kedua ni....Terima kasih ye Sha kerana berkongsi resepi soto yang enak ini dan izinkan sis berkongsi resepinya dengan rakan2 yang lain. 


Soto
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam-di potong dan di cuci bersih
  • 4000ml air
  • 3sm halia-di tumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
  1. Rebus ayam dengan halia dan garam hingga empuk.Toskan dan goreng sedikit garing.
  2. Kemudian siat isinya.Ketepikan air rebusan ayam
Bahan-bahan bergedil:
  • 3 biji kentang-dipotong dan di rebus
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 biji telur- dipukul
  • Garam secukup rasa
Cara membuat bergedil:
  1. Lecekkan kentang hingga lumat.Campurkan bersama bawang merah,rempah sup dan sedikit garam gaul hingga sebati.
  2. Buat bentuk bulat dan leperkan.Celup kedalam telur dan goreng hingga keperangan.Ketepikan.
Untuk Hiasan:
  • Sambal kicap
  • Suhun goreng
  • Bawang goreng
  • Daun saderi
Bahan Kuah:
  • 2 biji bawang merah-dikisar
  • 5 ulas bawang putih-dikisar
  • 2sm halia-dikisar
  • 1 batang serai-dikisar
  • 1sm lengkuas-dikisar
  • 1 peket rempah soto
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah 
  • 4 biji buah keras-tumbuk halus
  • 3000ml air rebusan ayam
Cara Membuat Kuah:
  1. Tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam tadi dan renehkan hingga kuah sebati.Masukkan rempah soto,serbuk ketumbar,lada sulah dan buah keras.Biarkan hingga mendidih.
  3. Hidangkan bersama nasi impit dan hiasan tadi.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

12 ulasan:

Rohah said...

memang mengancam selera ni kak...2 hari lepas baru makan soto..tapi mmg tak jemu makan soto la..segerrr

Kakzakie said...

Sedapnya Norzie.. siap lagi dgn bergedel memang mantoplah:)

Bicara Kak Noor said...

cantiknya soto tu,macam tingin lah pulak nak buat waktu2 terluang ni

Marsita yahya said...

adusss nak sikit....bila lah nak buat teringin sesangat ni...

Marsita yahya said...

Hany boleh tunjuk peket rempah soto tu kalau ada...nak g beli nanti...

Norzie hany said...

Marsita....peket rempah soto dah buang,saya beli peket besar dan terus masuk dalam tupperware.saya beli kat pasaraya Mydin jenama mak siti.

Che Rosliza Che mat said...

sedapnya...boleh cuba resepi nanti..

|| NaFiRaa || said...

sedapnye.. kalo waktu lunch makan soto nih pon sedap!

Tihara said...

terus rasa teringin nk wat soto raya haji nt..insha Allah :)

eita said...

memang tak di nafikan..memang sedap..

Kasih Salina said...

terliur giler tgk soto akak buat nih..

tiefazatie said...

wah...sedap soto nie!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...