Sunday, 30 September 2012

Sambal Sotong Berserai


Assalamualaikum semua.
Bertemu lagi kita dengan en3 masakan yang ringkas dan mudah...sambal sotong berserai.Sambal sotong ni memang sedap makan dengan nasi panas2,ada sejenis sayur dan ikan goreng dah cukup tak payah lauk lain lagi.Sis memang jarang dan tak rajin nak masak macam2 menu sampai penuh satu meja....pertamanya yang nak makan cuma kami bertiga aje.Kadang2 tu makan tengah hari kat rumah bila malam hubby ajak makan kat luar.Yang penting jangan membazirkan.
Okay....sis sertakan resepinya di sini ye.  

Sambal Sotong Berserai
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo sotong-bersihkan & tos airnya
  • 1 batang serai-di ketuk
  • Air asam jawa-secukupnya
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • Minyak-untuk menumis 

Bahan kisar:
  • 50gm cili kering-rebus dulu
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan

Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
  2. Masukkan sotong kacau sebentar.Masukkan juga air asam jawa dan kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga sambal pekat kalau suka boleh di tambah hirisan bawang besar.
  5. Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Nor Zilla Sensei said...

wah..bestnye. xpernah lg masak stong dgn serai tu.

❤Kamsiah❤ said...

nyummy nymummy...mengiurkan..mengoda...

Acik Erna said...

assalam norzie..sambal sotong..sambal udang..memang kegemaran seisi rumah acik..terima kasih resepi..boleh acik cuba untuk kelainan nanti

Tihara said...

sedapnya sotong, lama dah tak beli sotong :)

Rosidah Binti Muhamad said...

alamak!!..sotong mmg faberet saya nie, nak try jygak la nanti..

Rosidah Binti Muhamad said...

alamak!!..sotong mmg faberet saya nie, nak try jygak la nanti..

Marsita yahya said...

Wow, sedapnya tgk kat sini...nak sikit...

izan mama mia said...

sedapnya..selama ni tak pernah letak serai

Myra Jay said...

Kak!! sedapnya...
Dah le lama tak makan sambal sotong ;)

IntaNBerliaN said...

bestnya.. dah lama xmkn sambal sotong..

IntaNBerliaN said...

bestnya.. dah lama xmkn sambal sotong..

fieda said...

sedap ni..

fieda said...

sedap ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...