Tuesday 7 August 2012

Tart Buah Blueberry

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
Bila sudah masuk pertengahan Ramadhan,masing2 memang dah sibuk buat berbagai persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang.
Bila dah start buat kuih raya memang dah tak larat lagi nak buat kuih-muih untuk berbuka.Kalau teringin nak makan beli aje di pasar Ramadhan yang berhampiran.Macam2 kuih ada jual kat situ....3 biji rm 1. 
Masa beli barang2 di kedai baking tempoh hari ternampak pulak jem blueberry.Terus aje capai 1 kilo,murah aje cuma rm8.Jem nenas juga ada sis beli....senang kerja tak payah nak susah2 buat jem lagi. 
Untuk pastri tart ni sis cuba resepi dari kak Nor(Secubit Garam).Gebu betul tart ni memang cair dalam mulut.
Terima kasih ye kak Nor kerana sudi berkongsi resepi pastri tart ni dan izinkan saya cnp di sini untuk rujukkan sendiri dan rakan2 yang lain.
Selamat mencuba.

TART BLUEBERRY
Oleh:Norzie hany



250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum
inti blueberry secukupnya
1 sudu teh perisa/esen blueberry
pewarna purple (lebih kurang 1 sudu teh)
** bila ditambah esen dan pewarna ni, adunan jadi lembik sket
so tambah la tepung ya.. lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan tpg gandum

hiasan: 
1bj kuning telur (sis guna 1 biji telur)
1 titik pewarna kuning (sis guna pewarna purple)
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur, garam, esen blueberry dan pewarna purple.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
*Untuk buat bentuk buah tu boleh rujuk di blog Reen Khan di SINI.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

Kakzakie Purvit said...

Kuih pun cantik, nak makan sayang. Buat yg leceh Norzie..

Yatie said...

cantik tart blueberry ni..sayang nak makan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

cantiknya, rajin betul menyepit nampak kemas sangat, mesti tekun jer masa sepit tukan.. rasanya pasti sedapppp!

Rosidah Binti Muhamad said...

Ya Allah sis, cantik nyer..memula pandang td ingat buah nona..bebtul2 rajin nak membuat nie, perlukan kesabaran yg tinggi..

ayut said...

comel2 je kuih ye kak zie..ni msuk mulut abis trus :D

quinnie said...

zaman sekarang ni tart pun dah ada macam2 rasa kan kak..hari tu pegi kedai baking nampak juga inti ni..tapi sebab tak dek plan nak buat biskut ni tu tak beli..hehehhe

nursuriani said...

cnteknyaaaaaaa!!
nak makan pun sayang
rasa macam nak letak dalam frame jer
hiihihi

Acik Erna said...

salam norzie..cantiknya kuih tart ni..warna pun cantik

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
saly said...

cantiknya tart.. first time tgk sis.. sayang nk makan.. kalu saly duk tilik dua tiga kali nak makan..last2 simpan dulu.hehee....

zila norazila said...

nampak mcm color pink kan..cantik la..rajin btl wt corak camtu..btl la syg nk mkn bila dh lawo2.

eita said...

cutenyer tart

Cikrosecute said...

cutenya sis...terliur saya tengok..rajin betul sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...