Friday 13 July 2012

Kuih Bom Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuih bom labu yang sis buat untuk minum petang 2 hari lepas.Macam2 kuih yang boleh kita buat menggunakan labu selain dari buat sayur dan pengat.Kebetulan sekarang masih ada lagi musim durian jadi dalam inti kuih bom ni sis masukkan sedikit durian.Jangan risau kuih bommmm ni tak meletup ye.



Sis nak masukkan juga en3 hadiah yang telah diterima semalam.Kerongsang yang atas tu dari Izan mama Mia sis jawab teka dan cari dlm blog beliau dengan betul dan kerongsang yang bawah tu dari Fieda dimana sis menang ga Izan mama Mia & rakan blogger.Sorry pic kerongsang tu yang tak berapa jelas.
Hadiah dari Fieda tu sis join ga dari blog Cempaka Kuning.Terima kasih byk2 ye Izan dan Fieda atas hadiah ni.
Sekarang CK memang dah agak kurang join cgl berbanding dulu....mood dah kelaut.Terima kasih kepada rakan2 yang sudi tag CK dan jika ada kesempatan nanti sis join ye.

Kuih Bom Labu
Resepi:Norzie hany

Bahan inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit tepung gandum
  • Jika suka boleh tambah isi durian.
Cara membuat intinya:
  1. Masak air bersama gula merah dan tapis.
  2. Masak lagi air gula yang telah ditapis dengan gula pasir dan daun pandan.
  3. Masukkan kelapa kacau hingga kering dan taburkan sedikit tepung didalam inti supaya inti tidah berderai.Sejukkan.
  4. Bila inti telah sejuk ambil sedikit dan kepal bulat2.Ketepikan.
Bahan untuk kulit/luar
  • 2 cawan labu-rebus dan lecek
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sb tepung gandum
  • Bijan secukupnya
  • Minyak utk menggoreng
Cara membuat kuih bom:
  1. Campurkan semua bahan2 untuk kulit luar dan gaul dan ramas hingga menjadi doh.
  2. Sekiranya adunan terlembik bolehlah ditambah sedikit tepung gandum.
  3. Ambil sedikit doh dan leperkan dan masukkan inti yang telah di bentuk bulat.
  4. Buat doh seperti kuih bom dan golek diatas bijan.
  5. Goreng di dalam minyak penuh sehingga kekuningan.Api jangan terlalu kuat.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

20 ulasan:

Cik Rose said...

sedapnya kuih tu,, slalu letak kelapa je...

emm bestnya dapat hadiah..nak jugak :)

Azie said...

As salam. Dulu kita buat bom keledek. Tp I suka yg biasa tu. kenyl kenyal sikit

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnya gabungan labu & durian....

Mamasya said...

Salam Norzie Hany. kuih bom labu...menarik ni ada rasa labu...kena pula inti letak durian....sedapnya..

Rosidah Binti Muhamad said...

wah!! sedap tu kuih kegemaran sayer..klu kita berjiran dah lama sayer g minta dgn muka tak malu..hehehe boleh mcm tu?

zila norazila said...

klu ada labu mesti lg sedap..intinya pun nampak sedap la..basah2 ..kecurr:)

Unknown said...

sya suka kuih ni.. tp buat mmg x reti.. selalunya beli ajer..

izz iizza said...

sedapnya..sy ni memang pantang tengok benda makan..hihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Norzie....singgah ptg2 nk makan kuih bom kat sini:D
selamat berhari mggu ya.

HaSue said...

Cantiknyaa kejadian kuih bom tu..elok jer bulatnya.kalo singgah bakery mmg gatal jer tgn nak beli,suka yg baru siap tu..hehe..buat sndiri malas bebeno..huhuuu

Tie HT said...

sedapnye kuih, best kan kumpul brooche..jumlah join GA saya pula.. :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sis
sedapnya sis, sy memang suka sgt kuih bom ni
hantar sini sikt sis he he

eita said...

labu pun leh buat kuih macam ni ke?..
biasa dengar pengat labu, sayur labu, jemput labu...

Si Matatajam said...

Macam onde2 la kuih tu. Cuba kuih ni guna labu... Tapi M dah bookmark page ni.. Ingat nak Cuba bln posa nnti

Amie said...

Cantiknya kuih bom tu...bulat2 comel je bentuknya!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedapnyer kuih tu hihi..tahniah kak cantik brooch tu hihi

mama maman aka yana said...

slm kenal..... :-)

sedapnyer la... hehe

syiela said...

bulat cantik je.. tak pernah buat lagi selalu makan je hehehe

tahniah ye dapat hadiah :)

Unknown said...

xminat kuih ni^^

IntaNBerliaN said...

ooo senang je nak buatnya yer... kalu xda labu, blh ke kalu xletak.. or mmg kne ada labu br menjadi..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...