Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah di blog sis ni.Teringin sangat nak buat roti jala berwarna-warni tapi saya tak ada acuan roti jala lubang 3 tu.Puas juga cari dikedai2 yang menjual peralatan dan acuan kuih di Melaka ni tapi tak jumpa2.Saya tak berputus asa dan akan terus mencari.Tak mahu cerita panjang2 hari ni sebab jap lagi nak pergi ambil anak dara sis kat uiam...beliau bercuti selama 3 minggu...bestnya ada kawan kat rumah bila hubby dan anak bongsu pergi sekolah.lalala....
Inilah dia sarapan pagi kami hari ni...roti jala.Kebetulan kuah kari ayam semalam masih berbaki,panaskan dan buat cicah roti jala pagi ni(Tak mau membazir...tak baik).Selain dari kari ayam/daging sis suka cicah dengan kuah durian yang lemak,manis ,pekat dan melekat.Nanti yek kalau musim durian kita buat kuah durian pulak.
Jom kita berkongsi resepinya.
ROTI JALA
Resepi:Norzie hany
Bahan-bahannya:-
- 4 cawan tepung gandum
- 4 cawan air
- 2 biji telur
- Sedikit pewarna kuning
- 1 sk garam
Cara-caranya:
Cara saya buat roti jala ni mudah aje,Blend semua bahan2 diatas.Panaskan kuali leper dan sapu dengan sedikit minyak.Boleh mula menjala.
Selamat mencuba.
9 ulasan:
Ingat mula2 dulu buat roti jala nie x menjadi sbb x tahu kena blend adunannya.
Salam hadoii sana sini roti jala.. sampai naik kecur dah ni.. nak membuatnya malas pun yaa.. makan rajin hehe.. sedapnya...:))
suke gak makan roti jala ni. tp xreti nak buat sendiri..lepas ni leh cuba ikut resepi akak :)
sedapnya roti jala...alahai npe kari ayam tu nyorok kt tepi tu...takut QH mintak yer...hehee
bestnye..dpt mamam roti jala..habis tak tu?..tak habis pas2 kat sini yerr..
kuning roti tu cantik sgt..nak kari lebeeyyy yer...suka mkn roti jala tp bab menjala tu yg malas ;0
suka sgt roti jala..mkn pulak dgn kuah kari banjir..sedapnyaaa ^_^
senang je yer nak buat ni...kari tu nampak mabeles..lg satu sya ske cecah dgn kuah manis tu..bese beli kat pasar tani jer..hehe :)
td kuih ketayap.. ni jala pulak.. semua ni sy suke ni kak...:-)
Post a Comment