Wednesday, 23 May 2012

Sotong Berempah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di blog sis ni.
Di Melaka  subuh2 tadi hujan sekejap dan sampai sekarang cuaca masih lagi mendung.Kalau sebelum ni dari pagi sampai petang bukan main panas lagi...malam pun terasa bahang panasnya.Hari2 sis dok pesan kat anak2 supaya minum air putih banyak2.
Korang masak apa hari ni?
Hari ni sis masak lauk sotong berempah untuk makan tengahari kami sekeluarga.Resepi ni sis ambil  dari blog Yatie@Sinar Kehidupanku ,selama ni dok masak ikut style sendiri aje...sesekali nak juga rasa masakkan kawan2.Terima kasih banyak2 ye Yatie kerana sudi berkongsi resepi yang cukup enak dan kena dengan selera tekakku ini.Sis mohon letak resepi sotong berempah tu di sini ye.
Kepada rakan2 yang ingin mecuba resepi sotong berempah bolehlah cuba resepi ni ye...memang sedap sangat2 makan dengan nasi panas2.


Sotong Berempah
Bahan-bahan


1 kg sotong
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling(serbuk cili)
2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 btng kulit kayu manis
2 biji tomato(belah 4)
5 biji bwang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1 biji bwng besar (hiris)
125 ml air asam jawa
Minyak untuk tumis
garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris,bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan halia dan bwng merah serta bwng putih yg di tumbuk tadi.
  3. Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari dan cili giling dan gaul sebati.
  5. Masukkan sotong.
  6. Gaul seketika dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan tomato.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Biarkan kuahnya mendidih (terpulang nak pekat atau berkuah).
  9. Setelah siap boleh di hidangkan bersama nasi putih.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

9 ulasan:

Fiza Diaries said...

sedapnya sis.. fiza kena cuba masak ni.. :)

♥ Cik EylaDiLLa ♥ said...

wahhhhhhh ! sedappp jer tgk..ade simpan tok cik eyla x hihihihi

Nazayiena said...

Sedapnya,Nurul suka mkn sotong....

CT Delima said...

As'salam Nozie

selalunya kalau masak menu sendiri macam jemu jer kan, macam ct lah juga nak juga merasa yang lain. tu yang rajin dok selongkar resipi kawan2 :)

ciksengeh :D said...

kene cube nie !

Kasih Salina said...

aduhai comel jer belahan sotong yang akak potong tu..

ejulz said...

sedap tu... hehe

ainnoraini said...

tadi masa berbuka kakain pun masak sotong jugak... tp masak sotong sambal

roziahojijie said...

Wahhh .. cedappnye .. tegugat iman puasa harini . hehe . mai hantar sikit kat umah sy ptg ni kak buat berbuka . Hehe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...