Thursday, 3 May 2012

Kuih Lapis Labu


Assalamualaikum kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Semalam saya pergi jalan2 di blog Yati,terjumpa resepi kuih lapis labu...serta-merta teringat masih ada baki labu dalam peti ais.Lepas makan tengahari terus saya melapis,1st timelah kiranya melapis menggunakan labu.Syukur Alhamdulillah bila sejuk aje terus potong...inilah kejadiannya.Alahai....rasanya memang sedap,manis dan lemak sekali.Terima kasih Yati kerana sudi berkongsi resepi.
Jom kita tengok resepinya(saya tak edit apa2 pun),stepnya memang mudah nak ikut.


Kuih Lapis Labu
Oleh :Norzie hany

Bahan A
  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C
  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
  • 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)
Cara Penyediaan Adunan.
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(labu)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.



Cara Masak Kuih.



  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.
**Untuk kuih di atas Yatie gunakan loyang 10x10x2....kalau nak lapisan tu tebal sikit, gunakan loyang 8 inci.

Saya guna loyang bulat 9 inci.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

13 ulasan:

nurul ain said...

mcm sedap ja...nk try la..

Yatie said...

Assalamualaikum Norziey,
alahai terliurlah tngk kuih lapis labu ni..cantik dan kemas je lapisan kuih tu..suka tngk...mmng menarik kaler kuning putih..tq sudi mencuba..

zila 4ever said...

cantiknya..kuning2 lg..tergoda..:)

Tihara said...

comel nya kuih...mesti sedap nih :)

Uncle Jonni said...

labu? my peberet.... huhuhu

HaSue said...

Elok je lapisannya..nampak menyelerakan. best ni wat sarapan pagi ke minum ptg ke...ada lagi x tu? ^_^

Nieza said...

salam kenal, sedapnya tgk kuih lapis labu ni:)

Rohah said...

waaa..sedap ada "labu' tu..cantik lapisannya..

Ros said...

Assalamualaikum Norzie,

Cantiknya kuih lapis Norzie ni....sedap sangat nampak..

Terima kasih ya Norzie sudi mai jengok dan ziarah Kak Ros....

fieda said...

akak...comey jer kuih akak ni..mesti sedap kan..

IntaNBerliaN said...

kak... nampak sedap.. sy sk mkn labu.. tp hubby plak xmkn.. angin.. tu yg susah tu.. msk n mkn sorg2..hihiii

btw, sy dah masukkan link akak.. tp komen akak mmg xda.. tp no hal.. sy xkisah.. pejam mata je..hihii

Qasey Honey said...

sgt comeiii n kemas lapisan kuih lapis tu...sedapnye...

Liza said...

salam kenal norzie...mmg rajin ye buat lapis2 tu, kemas jer....tp bab2 labu ni akk kurang, tp cik hubby suka sgt...nnt bila2 dia belikan labu, akk nk try buat lapis ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...