Saturday, 19 May 2012

Rendang Ayam Hany


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Nama rendang ayam ni best tak?hehehe saje tambah hany tu.
Rendang ayam ni dah 3 hari lepas sis masak,sempat ambil gambar aje baru hari ni dapat buat en3.Dalam minggu ni memang ada sibuk sikit(alasan).Setiap kali sis buat rendang ayam atau daging mesti ada ketupat dan juga sambal kacang...macam hari raya la pulak.Rendang ni memang selalu sis masak setiap kali raya...kiranya menu wajib la.Resepi rendang Pn Norzie ni senang aje...bahan-bahannya pun tak banyak mana.Rasanya...bak kata Sha memang power.Kalau kawan2 nak cuba saya sertakan resepinya di sini.

Rendang Ayam Hany
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • 200gm kerisik
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 4 helai daun limau purut-disiat sedikit
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,ayam dan asam keping kacau hingga separuh masak
  3. Masukkan kerisik dan bila agak pekat masukkan garam serta gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut
  5. Bolehlah di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

16 ulasan:

ciksengeh :D said...

sedap sedap ! nak cuba ^^

che mastura said...

perghhhh..meleleh air liur nih!nak kene buat nih...

iizza said...

terliur tengok..:)

Ummi Iman said...

Suka rendang basah2 macam ni.

Ana Lyana said...

salam.. salam kenal.. dah follow..

sedapnya resepi rendang ni. ahrus cuba nanti..:)

Kazman / Sue said...

suka rendang jugak... sedappp...

syiela said...

sedapnya.. nyum2 nak buat cam mls je.pos skit boleh :)

mama sara nur said...

salam kenal kembali
tq ye Hany
wah sedap rendang ayamnya, memang kalu raya wajib ada rendang ni, akak suker cicah dgn lemang he he

pelangi sepi said...

tengok pun meleleh air liur ..mesti sedap rendan g Hany ni

IntaNBerliaN said...

tgk rndang ayam, terus tingat lemang.. kalu cicah lemang sedap ni.. ni yg tiba2 rs xsabo nk raya.. tp pose pun xhbs lg ganti.. adehhh

Si Matatajam said...

Makan ngan nasi panas2 best nih

eita said...

cicah nasi himpit ni sedap....

ainnoraini said...

Sedapkan makan rendang dgn nasik panas nii..

Nora Karim said...

eh nak try la versi hany ni :P nampak simple...

ct rahani said...

rendang makan ngan nasi himpit memang sedap.. klu sy lebih suka rendang daging.. :)

fieda said...

rendang ayam pun nmpk sedap ni..alahai...kalau duk sebelah umah kan best..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...