Saturday, 12 May 2012

Kuih Ketayap / Kuih Dadar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di sini.Sape2 yang gemar makan kuih ketayap ni...jemput makan ye.Kuih ni memang manis dan tak di galakkan untuk pesakit kencing manis dan amat sesuai untuk kanak-kanak. Hari ni sis cuma buat kuih ketayap aje untuk minum petang.Cuaca panas sangat hari ni...1 jug tea o ais licin sudah.


Kuih Ketayap/Kuih Dadar.
Resepi:Norzie hany

Inti:-
  • 1/2 biji kelapa
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan.
  • 1/2 cawan air

Kulit:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam.
  • Sedikit minyak untuk sapu pd kuali

Caranya:
Untuk inti
  1. Masukkan air,gula merah,gula pasir daun pandan dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga rata.Masak hingga inti kering.
  3. Angkat dan sejukkan.

Cara buat kuih ketayap:
  1. Satukan semua bahan2 untuk kulit dan blend hingga adunan tidak berketul.
  2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
  3. Ambil 1 senduk adunan dan dadarkan nipis2 dalam kuali.Biarkan sebentar sehingga kuih tersebut masak.
  4. Angkat dan masukkan inti dan gulung.Bolehlah di hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

15 ulasan:

Fiza Diaries said...

Wahh, sedapnya.. ^_^

eita said...

best tu....

pandai buat kuih..

Atiqa_Wahid said...

Tmpt lain, nama kih ni lain. Klu tmpt sy, kiuh ni kna bagi nama kuih lenggang. xD
Hahahahha.

Acik Erna said...

wkmsallam norzie..cik suka kuih ni..tapi belum pernah jumpa warna pink tu..

ainnoraini said...

Selalu buat warna hijau jer..
Boleh cube kasi kaler lain plk..

Awan Nina said...

wahhh sedapnyaa .
tak pernah pulak makan yg warna pink tu >.<

zila 4ever said...

nak yg color merah tu tau..he hheee cantik:P

IntaNBerliaN said...

ni yg nak buat gak ni..hehhehhe

tp yg mls tu bila buat kita yg perabih sorg2.. hubby xmkn sgt.. dia kalu ada nasi, ngadap ns je lah.. yg kuih2 or apa2 desert xlayan sgt...

tiefazatie said...

wah...sedap nie kan..hee

tiefazatie said...

eh..sori2...xde intro lak..hehe..
salam sis..
slm perkenalan..
ifa folo sis juga!hee
tq sbb folo ifa eh..

Kasih Salina said...

salam akak..saya suka kuih ketayap ni tp belum pernah buat lagi..nak try resipi akak nanti..

kaishin said...

salam..owh nama dia kuih ketayap eh..baru tau hehe

Uncle Jonni said...

suka beli pagi2...

3 singgit... huhuhu

Izan Ishak said...

alaaa...sedapnya! izan pun tgh makan lempeng cicah sambal ikan bilis ni kak.

fieda said...

comeynyer kue akak..hijau dan pink..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...