Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua rakan yang sudi singgah di sini.
Masa blogwalking kat blog Liza terjumpa resepi ni.Nampak macam sedap aje muffin ni,tu yang cuba buat.Syukur Alhamdulillah tercapai juga hajat nak buat muffin chocolate chip ni dan inilah hasilnya.Buatnya mudah sangat...tak payah mixer bagai.Kalau kawan2 nak cuba sis sertakan resepinya di sini.Sis CnP resepi dari blog Intai Dapur tanpa edit apa2.Terima kasih Liza kerana sudi berkongsi resepi.
RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS
Sumber-Intai Dapur
Bhn2:
1
3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk
koko*(aku guna jenama van houten)
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu
segar (aku just guna susu tepung bancuh dengan air je )
1 biji telur(dipukul
sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen
vanila
3/4 cawan choc chips
cara:
Dalam satu bekas
besar.satukan bahan bertanda *.gaul sebati.pastu buat satu lubang kat
tengah2.masukkan bahan lain.kacau guna senduk kayu secara kaup balik.tak payah
kacau lama2.memang adunan muffin tak cair macam adunan kek.die memang
berketul2.pastu masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh.bakar 20 min, suhu oven
180-200 degree celcius.
Muffin memang mudah nak buat.tak payah guna mixer pon. hanya gaul guna senduk
kayu.adunan die memang akan berketul-ketul2 sikit dan bukan cair dan smooth je
seperti adunan kek.dulu2 aku buat muffin guna mixer,pukul perlahan lepas tu high
speed.tapi muffin tak akan kembang cam merekah2 tu.die akan jadi bantat n tak
naik macam muffin. so aku pon study la camne nak buat muffin yang
betul.so..akhirnya aku dapat tau rahsia buat muffin.tak perlu guna mixer,hanya
perlu gaul sebati guna senduk kayu dalam 4 - 5 kali gaul sahaja dan adunannya
memang berketul-ketul. dan suhu oven perlu dalam 180-200 darjah celcius.oven
perlu dipanaskan 20 min sebelum buat muffin ye:) so ni aku bagi resepi muffin
yang asas.maksudnya dari resepi ni..korang boleh hasilkan muffin pelbagai rasa
dan perisa.tak percaya??cubalah!!:)
18 ulasan:
menarik .. nak cubalah :)
ni kalau nampak anak2x kami licin dah dibedalnya... heee3x
wahhh nnt kita nk cuba jgk..nampak mudah jew kan:)
Macam mudah aje kan Norzie..tapi kalau tak rajin manalah nak dapat semua...
sy suka jugak makan muffin nih.. cuma x pernah buat jer.. kurang minat benonya.. hiks..
salam kenal...saya follow sini yer... ^__^
nampak sedap n menjadi muffin tu...saya selalu fail buat muffin...huhu
waahhh..pandainye buat sendirik.. sy selalunye beli jer..kekekeke
mesti sedap ni kann..
nnpk jer dah tau...
saya ngan anak2 mmg tak jemu kalau ngadap muffin kka, lagi2 kalau banayk coklat chipnya
Salam... wahh sedapnya.. lama tak buat muffin dan cup cakes.. nak buat tapi yang dirumah dah jemu hehhee.. jamu mata kat sini ajelah..:))
kak....nak 2 bijik...ni saya bawak pinggan ni..
salam norzie..acik pun pernah terkena..muffin merekah2..guna mixer la tu..lepas tu buat lagi..guna senduk kayu..kurang sikit merekahnya
x sabar nk cuba resepi muffin ni :)
Assalamualaikum Norzie,
Nampak sedap sangat..terima kasih kongsi resepinya ya,nanti boleh la kak Ros cuba buat...
ooo snang je yer... xpnh try lg ni...
tq for the recipe....sy dah lama nk buat tp tkt tk jd la :D
singgah n follow sini
dr
afasz.com
izan tak pernah try buat muffin lagi kak... sedapnya!
mudah je rupanya.. Nampak sedap. Boleh cuba..
Post a Comment