Thursday 31 May 2012

Followers Award dari Norgadis.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Assalamualaikum dan salam sejahterea kepada semua rakan2 yang sudi bertandang ke sini.
Rasanya dah dua kali blogger Norgadis meninggalkan pesan pada shoutbox suruh sis ambil award ni.
Sorrylah ye Nor sebab lambat sikit ambil award yang sungguh cantik rekaannya.Award yang dicipta khas utk semua follower blog beliau.Untuk Norgadis Labuan...terima kasih atas award ini semoga perkenalan kita di alam maya ni di rahmati Allah hendaknya.  

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 30 May 2012

Kerutuk Daging


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 blogger yang sudi singgah di dapurku ini.Semoga semuanya sihat2 belaka di samping keluarga tersayang.
Petang ni cuaca agak redup setelah hujan tengahari tadi...best kalau hari2 macam ni.Semalam dan hari2 lalu cuaca panas terik,buat air batu satu jug pun tak cukup.
Kerutuk daging antara sajian makan tengahari kami sekeluarga hari ini.Kerutuk adalah masakan yang sangat popular di negeri pantai timur.Masa cari barang dapur di Mydin tempoh hari ternampak rempah kerutuk adabi,terus aje sambar satu paket.Kiranya ni first timelah masak kerutuk dan ikut resepi yang tertulis di belakang paket rempah tersebut.Tengok hubby dan anak2 makan bertambah....kalau makan dah bertambah tentu la sedapkan.Rasa kerutuk ni macam mane nak ckp ye...lebih kurang rendang kot.Sedap kalau makan dengan nasi minyak atau nasi beriani.
Kalau kawan2 nak cuba,sis sertakan resepinya di sini..


Resepi Kerutuk Daging
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:

  • 500gm daging-di potong
  • 1 paket serbuk kerutuk
  • 1 sb serbuk cili (sis tambah)
  • 10 biji bawang merah-kisar
  • 5 ulas bawang putih-kisar
  • 1/2 inci halia-kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 11/4 cawan santan pekat
  • 21/2 cawan air
  • Air asam jawa
  • Gula melaka/gula pasir (secukup rasa)
  • Garam secukup rasa

Bahan penumis:

  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-di hiris
  • 1/2 inci halia-di hiris
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas-di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Bancuh rempah kerutuk dengan cili serbuk dan bahan2 kisar hingga jadi pes.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah(no 1) dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging,kerisik,santan,air,air asam jawa,gula merah dan garam.
  5. Masak hingga kuahnya pekat.Angkat dan hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 29 May 2012

Apam Polkadot


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur sis ni.
Hari ni sis nak tayang apam polkadot yang macam2 color ni.Sis cuma mengadun tepungnya aje,color dan dot2 tu anak daraku yang buat(suka hati kau la nak). Resepi ni sis ambil dari blog Hanafzuan(mohon share di blog ni ye).Terima kasih banyak2 ye Hanafzuan,gebu dan sedap betul apam polkadot ni.Kalau sape2 nak cuba sis sertakan resepinya di blog ni.

Resepi Apam Polkadot.
Oleh:Norzie hany
Sumber : Hanafzuan Abadi

Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa


cara -caranya:

1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) kukus 10-15 minit.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 28 May 2012

Mini Pizza


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semoga semuanya di dalam sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang di dapur sis ni.
Time cuti sekolah,sis suka layan tekak anak2.Mini pizza yang ringkas ni memang jadi kegemaran anak2,seketul2 dia ulang makan sampai licin. Sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang.
Jom kita kongsi resepi mini pizza yang senang dan mudah nak buat.


Resepi Mini Pizza.
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya.
375 tepung high protein
25gm gula pasir
1/4 st garam
225 ml air sejuk
1/4 sudu besar bread improver
8gm yis
20gm margerine

Bahan Hiasan/Filling atas Pizza
Sos tomato/sos cili,sayur campur,nanas,sosej,oregano dan cheese mozzarella.

Cara-caranya:-
1-Masukkan bahan2 kering gaul sampai sebati.
2-Masukkan air,dan uli doh sampai lembut .
3-Masukkan margerin uli lagi hingga doh jadi elastic.
4-Perap doh selama lebih kurang 20 minit.
5-Roll atau leper kan doh sebesar mini pizza dan biarkan lagi selama 20 minit.
6-Sapukan permukaan doh yang telah naik dengan sedikit minyak zaitun.
7-Sapukan sos tomato/sos cili,dan tabur filling kegemaran anda di atas doh.
8-Biarkan sebentar dan bakar dengan suhu 190c-200c selama 20-25 minit.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 25 May 2012

Petua/Tips Membakar Biskut.

Imej google


Assalamualaikum dan salam sejahtera .Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang ke sini.
Hari ini sis nak berkongsi sedikit petua atau tips membakar biskut.Mungkin boleh di jadikan sedikit panduan kepada orang2 yang baru ingin belajar memasak seperti sis ni.
Sebenarnya info /petua membakar biskut ni sis terjumpa masa belek2 majalah mingguan wanita 2007.


Petua Membakar Biskut.

1)Menyejukkan dulang membakar.

Selepas mengeluarkan biskut daripada ketuhar,sentiasa sejukkan dulang selama 5-10 minit sebelum menggunakannya semula untuk membakar biskut yang lain. Dulang yang panas akan membuatkan doh biskut masak sebelum dibakar dan ini akan menjejaskan campuran doh dan masa membakar yang sepatutnya.Adalah di nasihatkan juga untuk memeriksa biskut anda  ketika membakarnya,bagi memastikan ianya dibakar dengan rata dan tidak hangus.

2)Memotong kepingan biskut.

Anda boleh mengelakkan serpihan atau bahagian tepi yang menggerutu apabila memotong kepingan biskut dengan memotongnya menggunakan pisau yang dibilas kerap dengan air sejuk.Air akan mengelakkan serpihan,supaya ia tidak menjejaskan bahagian tepi biskut ketika di potong.

3)Apabila menggunakan dua rak.

Bagi memastikan biskut anda dibakar dengan rata,gunakan satu rak sahaja.Jika anda perlu menggunakan dua rak,letakkan dulang pada satu atau dua tingkat berasingan,dalam kedudukan yang membolehkan pengudaraan.Jangan sesakkan ketuhar dan elakkan membukanya ketika membakar.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 24 May 2012

Jemput-jemput labu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger yang sudi singgah di sini.
Sis memang gemar sangat masakkan berasaskan labu...tak kira la buat sayur atau buat sebarang kuih,semua sis bedal.
Selain dari buat sayur,labu manis boleh juga di buat pelbagai jenis kuih muih,puding atau manisan.
Jemput-jemput labu yang selalu sis buat untuk sarapan pagi atau minum petang...kuih kegemaran anak dara saya.Dia pun dah lulus buat jemput-jemput ni.Buatnya senang aje...Mari kita tengok resepinya.



Jemput-jemput Labu
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan labu - rebus & lecek
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:

  1. Campurkan semua bahan2 ke dalam mangkuk. 
  2. Gaul dan ramas hingga sebati.Biarkan lebih kurang 5 minit barulah di goreng dalam minyak yang telah di panaskan.
  3. Bila sudah kekuningan angkat dan toskan.
  4. Hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 23 May 2012

Sotong Berempah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di blog sis ni.
Di Melaka  subuh2 tadi hujan sekejap dan sampai sekarang cuaca masih lagi mendung.Kalau sebelum ni dari pagi sampai petang bukan main panas lagi...malam pun terasa bahang panasnya.Hari2 sis dok pesan kat anak2 supaya minum air putih banyak2.
Korang masak apa hari ni?
Hari ni sis masak lauk sotong berempah untuk makan tengahari kami sekeluarga.Resepi ni sis ambil  dari blog Yatie@Sinar Kehidupanku ,selama ni dok masak ikut style sendiri aje...sesekali nak juga rasa masakkan kawan2.Terima kasih banyak2 ye Yatie kerana sudi berkongsi resepi yang cukup enak dan kena dengan selera tekakku ini.Sis mohon letak resepi sotong berempah tu di sini ye.
Kepada rakan2 yang ingin mecuba resepi sotong berempah bolehlah cuba resepi ni ye...memang sedap sangat2 makan dengan nasi panas2.


Sotong Berempah
Bahan-bahan


1 kg sotong
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling(serbuk cili)
2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 btng kulit kayu manis
2 biji tomato(belah 4)
5 biji bwang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1 biji bwng besar (hiris)
125 ml air asam jawa
Minyak untuk tumis
garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris,bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan halia dan bwng merah serta bwng putih yg di tumbuk tadi.
  3. Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kari dan cili giling dan gaul sebati.
  5. Masukkan sotong.
  6. Gaul seketika dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan tomato.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Biarkan kuahnya mendidih (terpulang nak pekat atau berkuah).
  9. Setelah siap boleh di hidangkan bersama nasi putih.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 22 May 2012

Donut Topping Coklat/Strawberry


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 yang singgah di sini.
Hari ni sis nak tayang gambar donut yang sis belajar di kelas masakkan semalam.Sebelum ni selalu juga buat donut sendiri tapi salut gula aje.Donut ni kalau kita letak topping coklat atau strawberry dan tabur pula badam atau coklat rice mesti menarik minat anak2 untuk makan.Rupanya mudah aje nak buat hiasan donut yang menarik dan satu lagi kalau nak bancuh donut tu guna air yang di campur ais(air sejuk).
Jom kita kongsi resepi donut bertopping coklat/strawberry. 


Resepi Donut.
Oleh:Norzie hany

Bahan A
500gm tepung high protein
5gm tepung kastard
12gm yis
50gm gula castor
5gm garam
10gm susu tepung
1/2 sudu teh bread improver

Bahan B
90gm marjerin

Bahan C
250gm air ais/sejuk

Topping
Coklat masakkan 

Cara membuatnya:-
1)Satukan semua bahan-bahan A dan gaul sebentar.
2)Masukkan bahan B kacau dan gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan air sejuk.
3)Uli doh hingga lembut dan elastik.
4)Timbang doh 40gm.Bulatkan doh dan bentukkan.
5)Perap sehingga doh naik.
6)Goreng dan hiaskan mengikut kesukaan masing2.

Toping:
Cairkan coklat masakkan pilihan anda menggunaka double boiled hingga cair dan suamkan sebentar.
Celup separuh donut kedalam coklat/strawberry dan tabur coklat rice dan sebagainya mengikut kesukaan anda.
    


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 21 May 2012

Nasi Impit Goreng


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang masih sudi singgah di sini.
Buka peti ais tengok masih ada baki nasi impit masa buat rendang tempoh hari.Daripada terbuang saya potong kecil2 dan goreng cara saya sendiri,macam goreng mee.Bukan main berselera lagi saya tengok hubby dan anak2 makan...sedap la gamaknya.
Sebenarnya saya tiada sukatan untuk resepi ni,agak2 aje berapa banyak nasi impit yang nak di goreng.


Nasi Impit Goreng
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannyaa;
  • Nasi impit-dipotong dadu
  • Bawang putih-di hiris
  • Bawang merah-di hiris
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Udang hidup
  • Tauge
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Boleh tambah apa2 sayur yang anda suka.


Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sekejap hingga naik bau dan masukkan udang.
  3. Bila udang agak masak,masukkan semua jenis sos dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan nasi impit dan kacau hingga semua bahan2 tadi bersalut pada nasi.
  5. Hidangkan.Sangat sesuai untuk sarapan pagi.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 19 May 2012

Rendang Ayam Hany


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Nama rendang ayam ni best tak?hehehe saje tambah hany tu.
Rendang ayam ni dah 3 hari lepas sis masak,sempat ambil gambar aje baru hari ni dapat buat en3.Dalam minggu ni memang ada sibuk sikit(alasan).Setiap kali sis buat rendang ayam atau daging mesti ada ketupat dan juga sambal kacang...macam hari raya la pulak.Rendang ni memang selalu sis masak setiap kali raya...kiranya menu wajib la.Resepi rendang Pn Norzie ni senang aje...bahan-bahannya pun tak banyak mana.Rasanya...bak kata Sha memang power.Kalau kawan2 nak cuba saya sertakan resepinya di sini.

Rendang Ayam Hany
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • 200gm kerisik
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 4 helai daun limau purut-disiat sedikit
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,ayam dan asam keping kacau hingga separuh masak
  3. Masukkan kerisik dan bila agak pekat masukkan garam serta gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut
  5. Bolehlah di hidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 18 May 2012

Kek Span Vanilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi berkunjung di dapurku ini.
1st time deco kek sendiri...mmg tak pandai.Sebenarnya rasa malu jugak nak tayang pic kek yang tak berapa semenggah ni.....tolong jangan gelak ye..Deco kek tanpa berguru maka inilah kejadiannya.Tapi rasa kek ni memang sedap(perasan betul). Sebelum ni ada juga buat kek ni tapi tak pernah deco bagai.Jom kita kongsi resepinya.

Kek Span Vanilla
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
250 gm Tepung sponge mix
5 biji telur
60gm air
60gm minyak jagung
1 st esen vanilla

Cara membuatnya:
1)Masukkan tepung sponge mix,telur dan air kedalam mangkuk pengadun dan pukul sampai betul2 kembang.
2)Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
3)Masukkan minyak jagung dan gaul sebati guna senduk kayu,proses ni jangan terlalu lama.
4)Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci yang telah di alas dengan kertas minyak dan diglis dengan shortening.
5)Bakar dalam suhu 180c selama 30 minit.

Butter Cream
125gm butter
125gm krimwell
125gm shortening
100gm gula aising.

1)Pukul butter,shortening,krimwell hingga putih .
2)Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
3)Masukkan pewarna kesukaan anda dan bolehkah di hias di atas kek.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 17 May 2012

Kuih Siput


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuih yang paling malas sis nak buat...tak larat nak menggentel.Hari2 anak daraku tu menyebut nak makan maka terpaksa la merajinkan diri menggentel kuih siput ni.Buat berdua tak la boring sangat...sambil goreng sambil ngap.Sekali angkat licin,kali kedua pun sama...kalau macam ni tak sempat esok dah habis.Kuih siput ni memang sedap buat kunyah2 sambil menonton tv.


Kuih Siput.
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 500 gm tepung gandum
  • 100gm marjerin
  • 1 cawan daun kari-kisar halus
  • 100 ml santan/secukupnya
  • 1 sudu besar jintan manis-kisar kasar
  • 1/2 cawan bawang goreng-kisar halus
  • 2 sb udang kering-kisar halus
  • 1 biji telur
  • 1 sb serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:


  1. Campurkan semua bahan2 di atas gaul sebati dan uli hingga jadi doh.Perap doh sekejap.
  2. Ambil secubit adunan dan gentel di atas acuan kuih siput.
  3. Bila siap bolehlah di goreng hingga masak.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Jemput-jemput kucai.


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sarapan mudah,ringkas dan senang nak buat.Jemput2 kucai atau cekodok kucai ni memang feveret sis dari kecil sampai la tua ni.Pantang ada kucai mesti nak buat jemput2 macam ni.Memang sedap makan panas2 cicah dengan sos Thai.Biasanya sis akan bancuh adunan ni guna air suam...ni kira petua la nak bagi jemput2 yang kita buat tu garing di luar dan lembut di dalam.Maaf ye,sis tak pernah sukat bahan2 untuk buat cekodok kucai ni...main agak2 aje.Sape2 yang belum pernah makan jemput2 kucai ni.... jom cuba buat.

Jemput-jemput Kucai
Resepi:Norzie hany

Bahan2nya:
  • Tepung gandum
  • Kucai-potong
  • Bawang besar-hiris kecil2
  • Udang/Ikan bilis-suka hati
  • Cili hijau-hiris kecil2
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Air suam secukupnya.
  • Minyak untuk mengoreng

Caranya:
  1. Satukan semua bahan2 dan gaul hingga sebati.Biarkan 5 minit.
  2.  kemudian goreng dalam minyak panas.Bila jemput2 dah kekuningan angkat dan toskan.
  3. Bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 14 May 2012

Muffin Chocolate Chips


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua rakan yang sudi singgah di sini.
Masa blogwalking kat blog Liza terjumpa resepi ni.Nampak macam sedap aje muffin ni,tu yang cuba buat.Syukur Alhamdulillah tercapai juga hajat nak buat muffin chocolate chip ni dan inilah hasilnya.Buatnya mudah sangat...tak payah mixer bagai.Kalau kawan2 nak cuba sis sertakan resepinya di sini.Sis CnP resepi dari blog Intai Dapur tanpa edit apa2.Terima kasih Liza kerana sudi berkongsi resepi.


RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS
Sumber-Intai Dapur

Bhn2:

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko*(aku guna jenama van houten)
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar (aku just guna susu tepung bancuh dengan air je )
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips


cara:
Dalam satu bekas besar.satukan bahan bertanda *.gaul sebati.pastu buat satu lubang kat tengah2.masukkan bahan lain.kacau guna senduk kayu secara kaup balik.tak payah kacau lama2.memang adunan muffin tak cair macam adunan kek.die memang berketul2.pastu masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh.bakar 20 min, suhu oven 180-200 degree celcius. 


Muffin memang mudah nak buat.tak payah guna mixer pon. hanya gaul guna senduk kayu.adunan die memang akan berketul-ketul2 sikit dan bukan cair dan smooth je seperti adunan kek.dulu2 aku buat muffin guna mixer,pukul perlahan lepas tu high speed.tapi muffin tak akan kembang cam merekah2 tu.die akan jadi bantat n tak naik macam muffin. so aku pon study la camne nak buat muffin yang betul.so..akhirnya aku dapat tau rahsia buat muffin.tak perlu guna mixer,hanya perlu gaul sebati guna senduk kayu dalam 4 - 5 kali gaul sahaja dan adunannya memang berketul-ketul. dan suhu oven perlu dalam 180-200 darjah celcius.oven perlu dipanaskan 20 min sebelum buat muffin ye:) so ni aku bagi resepi muffin yang asas.maksudnya dari resepi ni..korang boleh hasilkan muffin pelbagai rasa dan perisa.tak percaya??cubalah!!:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 12 May 2012

Kuih Ketayap / Kuih Dadar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di sini.Sape2 yang gemar makan kuih ketayap ni...jemput makan ye.Kuih ni memang manis dan tak di galakkan untuk pesakit kencing manis dan amat sesuai untuk kanak-kanak. Hari ni sis cuma buat kuih ketayap aje untuk minum petang.Cuaca panas sangat hari ni...1 jug tea o ais licin sudah.


Kuih Ketayap/Kuih Dadar.
Resepi:Norzie hany

Inti:-
  • 1/2 biji kelapa
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan.
  • 1/2 cawan air

Kulit:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam.
  • Sedikit minyak untuk sapu pd kuali

Caranya:
Untuk inti
  1. Masukkan air,gula merah,gula pasir daun pandan dalam kuali dan kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga rata.Masak hingga inti kering.
  3. Angkat dan sejukkan.

Cara buat kuih ketayap:
  1. Satukan semua bahan2 untuk kulit dan blend hingga adunan tidak berketul.
  2. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
  3. Ambil 1 senduk adunan dan dadarkan nipis2 dalam kuali.Biarkan sebentar sehingga kuih tersebut masak.
  4. Angkat dan masukkan inti dan gulung.Bolehlah di hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 11 May 2012

Roti Jala/Roti Kirai


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi singgah di blog sis ni.Teringin sangat nak buat roti jala berwarna-warni tapi saya tak ada acuan roti jala lubang 3 tu.Puas juga cari dikedai2 yang menjual peralatan dan acuan kuih di Melaka ni tapi tak jumpa2.Saya tak berputus asa dan akan terus mencari.Tak mahu cerita panjang2 hari ni sebab jap lagi nak pergi ambil anak dara sis kat uiam...beliau bercuti selama 3 minggu...bestnya ada kawan kat rumah bila hubby dan anak bongsu pergi sekolah.lalala....
Inilah dia sarapan pagi kami hari ni...roti jala.Kebetulan kuah kari ayam semalam masih berbaki,panaskan dan buat cicah roti jala pagi ni(Tak mau membazir...tak baik).Selain dari kari ayam/daging sis suka cicah dengan kuah durian yang lemak,manis ,pekat dan melekat.Nanti yek kalau musim durian kita buat kuah durian pulak.
Jom kita berkongsi resepinya.


ROTI JALA
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air
  • 2 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 sk garam
Cara-caranya:


Cara saya buat roti jala ni mudah aje,Blend semua bahan2 diatas.Panaskan kuali leper dan sapu dengan sedikit minyak.Boleh mula menjala.

Selamat mencuba.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 10 May 2012

AWARDS Ikhlas Dari The Writer's CooKING-Shahriah Abdullah


Shahriah Abdullah lebih dikenali apabila nama beliau tercalon antara TOP 10 MasterChef Malaysia.Tahniah buat Sha...saya memang minat rancangan MasterChef Malaysia musim pertama yang ditayangkan di Astro Ria tempoh hari.
Terima kasih juga kepada Sha kerana memberi award yg sangat cantik ni sebagai tanda persahabatan di alam maya.Award ni Sha berikan kepada semua rakan blogger yang baru dan lama...silalah mengunjungi blog beliau untuk mendapatkan award ini.Kalau nak tahu Sha telah menulis sebanyak 8 buah novel dan kini tampil dengan  buku resepi sulong yang bertajuk sajian istimewa Shahriah Abdullah. 
Kalau nak tahu saya memang peminat fanatik novel.Sebulan lebih kurang 5 buah novel saya akan beli dan bila saya check kat rak buku saya ada terselit novel karya Shahriah Abdullah.Novel Seribu Rindu Untukmu ni saya beli sebelum beliau masuk rancangan Master Chef. 


Jom ramai2 kita mengunjungi blog Shahriah Abdullah - http://shahriahnovelis.blogspot.com/ dan jangan lupa memiliki novel hasil karya beliau dan buku resepi sajian istimewa Shahriah Abdullah yang kini telah pun berada di pasaran.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sha kerana sudi bertandang di blog saya masih baru ni.
Saya doakan semoga Sha terus maju jaya dalam apa jua bidang yg diceburi.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...