Monday 8 October 2012

Ikan Bawal Sweet Sour




Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di sini.
Masa pergi pasaraya Mydin baru2 ni ternampak ada jual ikan bawal hitam,semuanya saiz besar2.Sis beli sekor...hajat memang nak masak sweet sour. 


Siap masak aje tak lengah lagi terus snap gambar...anak bujang sis,dah tak sabar2 nak makan.
Sedap sungguh ikan bawal sweet sour ni....lembut aje isi ikan ni.Resepi dari ummi,tak banyak beza dari resepi yang selalu sis masak.Kepada rakan2 yang nak cuba sis sertakan resepinya di sini ye.



Ikan Bawal Sweet Sour
Oleh:Norzie hany

Bahan:-
  • 2 ekor ikan bawal (saiz sedang)
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit air
  • 1/2 biji lada benggala merah
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1/4 biji nenas - dihiris nipis
  • sedikit lobak dipotong halus btg mancis
  • sedikit serbuk kunyit - untuk dilumur pd ikan
  • 3 sudu besar tepung jagung - untuk digaul pd ikan
  • minyak masak secukupnya

Cara Memasak:-
  1. Ikan bawal dibersihkan, lumur dengan garam dan serbuk kunyit rata-rata. Taburkan tepung jagung pada ikan biar rata. Goreng dengan minyak yg banyak hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan yg sesuai.
  2. Panaskan lebihkurang 1/4 cawan minyak dan tumiskan bawang besar yang didahulu hingga naik bau.
  3. Masukkan pula cili kisar, bahan tumbuk dan tomato yang didadu. Kacau hingga cili masak.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Biarkan mendidih sekejap.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa, diikuti dengan nenas, lada benggala dan lobak tadi. Seimbangkan rasa biar cukup rasa masam manisnya. (ingat, garam jgn terlampau banyak, sebab ikan tadi telah dilumur garam)
  6. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan biar rata dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

22 ulasan:

JaSSNaNi said...

waalaikumsalam sis...
1st thing.. thanks becOZ singgah blog nani.. salam kenal kembali.. :)
wahhh dah lama nani tak masak bawal sweet sour.. :) sedap nampak.. :)

Kayu Manis said...

wah nampak sedap sgt...alhamdulillah

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni kalau tak ada lauk lain pun dah okey sesangat nih Kak Norzie..

Kasih Salina said...

sedapnya rupa ikan sweet sour akak tu..terliur beb..

LiNa_Pg said...

Menu peberet kami sekeluaga gak ni...Br jer wat tp xsempat nk snap..Dlm dok br makan tu..terliuq gak ngan ikan bawai ni..menarik kalerpul gitew

Cik Rose said...

sedapnya nampak.. tapi, Ros tak makan bawal.. Ros kena tukar ikan lain ikut resepi ni :)

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah..terangkat ni..mak mertua lalu belakang pun tak perasan.

Amy Hilmirda Daud said...

Dah lama tak masak sweet sour, asyik bawal masak kari dan kicap aje.

Marsita Yahya said...

feveret anak akak ni.

inazamri said...

alahai..lamanye tak masak bawal camni.nak makan tp malas pulak nk masak hr ni..mcm kena rajin lak ptg ni nak masak bila tgk bawal ni..harus cari di psr mlm jap lg.

zila norazila said...

salam sis,
godaan btl klu kemari..menu semua sedap2..dh lama x beli ikan bawal :)sskali msk cmnie sedap jgk kan:))

Unknown said...

salam Norzie
hehee cantik ikan tu akak suka pengiring ikan tu sedap capsicum kaler2 tu

Unknown said...

salam Norzie
hehee cantik ikan tu akak suka pengiring ikan tu sedap capsicum kaler2 tu

eita said...

sedap....
walaupun ita tak makan ikan..

Liza said...

kalau dpt lauk cmni, tak de lauk lain pun tak pe kan....hihihi

Qasey Honey said...

wah sedapnya...Qh suka juga mkn ikan bawal ni..sedap isinya tu...nyum22

mama sara nur @ Cik Nor said...

lama tak makan masak masam manis ni, tgk sis masak rasa terliurlah he he
sedapkan..suker lauk ni

Ros said...

Assalamualaikum Norzie hany,

Wahhh...nampak sedapnyaaaa...ikan bawal masak masam2 manis nih teliurnyaaa he.he....

Marsita Yahya said...
This comment has been removed by the author.
syiela said...

suka sangat ni... yum..yum

fieda said...

sedap ni...

Nurul Ain Roslan said...

Mcm sedap je..mcm sedap je ..
Nak try la..tq for the recipe..mmg cari ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...