Thursday 25 October 2012

Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum dan salam ceria.
Esok kita semua akan menyambut hari raya Aidil Adha@Hari Raya Korban yang merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam seluruh dunia.Di kesempatan ini sis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan2 di alam maya ini dan semua muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada.
Hari ni kami sekeluarga akan pulang ke Temerloh Pahang,kiranya ini adalah en3 terakhir sebelum raya.Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah S.W.T berikan...tahun ni keluarga kami akan membuat korban seekor lembu dan tambah lagi 2 bahagian.
Jumpa lagi selepas raya nanti dan jika ada yang ingin pulang ke kampung berhati-hatilah di jalan raya.

Biskut ni sis pernah buat masa hari raya Aidil Fitri en3 di SINI.


Biskut Cornflakes Rangup
Oleh:Norzie Hany

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam aidiladha kak norzie...
rajinnya buat kukis raya... budak suka kukis cmni...

Myra Jay said...

Teringat kalau raya puasa mesti suka makan biskut cornflake ni :D



Apapun Salam AidilAdha juga buat akak sekeluarga dan selamat berpuasa pada semua yang berpuasa sunat hari ni ;D

lizz said...

Selamat Hari raya Aidiladha..ermmm cedapnyer biskut cornflakes

Marsita Yahya said...

Selamat Hari Raya Hany...rajin buat kuih ya...akak tak pernah buat kuih utk raya haji tapi buat kek aje...baru habis bakar kek coklat nak bawa balik kg mlm nanti...

Amie said...

Selamat menyambut aiidil adha Norzie, selamat balik kampung...

Si Matatajam said...

Sedapnya..krup2 ja bila mkn biskut ni kan..

eita said...

salam aidiladha..

waaa..sempat lagi buat kuih raya...
akak memang rajin...



*done nationwide..

Kakzakie Purvit said...

Ada lagi ke biskut tu Norzie? Aidil adha ini kakak tak buat biskut pun

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam aidiladha kak...
sedap biskut ni dia rasa crunchy jer kan :)

Rozie said...

confleks banyak tapi tak terbuat biskutnya/... huhu

Rohah said...

rajinnya kak wat sekut raya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...