Thursday 18 October 2012

Asam Pedas Pari Dengan Nenas

Assalamualaikum semua.
Asam Pedas Pari Dengan Nenas...asam pedas lagi.Dalam seminggu tu mesti satu atau dua kali sis masak asam pedas.Hubby sis memang suka dan tak pernah jemu dengan asam pedas.Tapi kali ni lain sikit asam pedas bubuh nenas...1st time masak dan first time juga makan.
Terima kasih kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi asam pedas yang enak ini.
Jom kita tengok resepinya.




Asam Pedas Pari Dengan Nenas
Oleh:Norzie hany
Sumber:DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 600 gram ikan pari, mat guna jenis pari daun
  • 1/2 biji nenas Sarawak, kupas dan hiris (boleh guna nenas madu)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu(sis gantikan dgn daun limau purut)
  • 1 1/2 senduk nasi cili kisar
  • 3/4 cawan air asam atau secukupnya
  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 ulas bawang putih, hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dikerat ikut suka, cuci dan perap sekejap dengan sedikit garam dan jus limau kasturi. Kemudian cuci kembali hingga bersih. Ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan masak lagi hingga cili garing dan terbit minyak.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan juga jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih. Masuk ikan pari dan nenas tadi, kacau perlahan. Tambah bunga kantan dan masak hingga ikan masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

mama sara nur @ Cik Nor said...

sedap asam pedas ada nenas ni sis, makan dgn nasi pastinya bertambah he he
sy suke letak bendi dan tomato cuma ikan parinya je tak makan

Acik Erna said...

assalam norzie..cantik warna masak asam pedas tu mesti sedap

Amie said...

Asam pedas memang menu evergreen, disukai ramai...

Kakzakie Purvit said...

Kakak masak asam pedas tak pernah bubuh lada hitam nak cubalah... ada nenas tu yg sedap Norzie..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

menariknyer wani tgk asam pedas ni

Tie HT said...

as salam,

saya baru duk cangak2 nak masak macam ni sbb terjumpa resepi dlam buku yg kawan hadiahkan..last2 smlm saya makan meribraun je sbb tk sempat :)

Unknown said...

aduh tergoda dah akak nengokan asam pedas ni mesti sedap masam2 manis kan

Kasih Salina said...

huhhh..sedapnya kak..rasa masam2 manis plak dgn adanya nenas tu..

Jahirah said...

xpnh masak asam pedas letak nenas lg...next time blh le try..

syiela said...

belum pernah try dengan nenas.. boleh cuba ni nampak pun sedap :)

zila norazila said...

sedapnya sis,zila rajin jgk masak style mcmnie..huby zila suka mkn nenas,,:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...