Friday 27 July 2012

Asam Pedas Ikan Parang

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog ini.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di Ramadhan yang ke 7....semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dari Allah hendaknya.
Asam pedas ikan parang memang sangat popular di negeri Melaka.Sis sertakan resepinya di bawah ye dan selamat mencuba.

Sekadar info untuk semua dan bukan memaksa ye.
Untuk pengetahuan semua,Tarikh tutup penyertaan untuk menyertai kuiz yang dianjurkan oleh peserta masterchef musim pertama sedang berlangsung dan akan tamat pada 28/7/2012 bersamaan hari ahad jam 12 malam.Masih sempat dan memang sempat untuk anda menyertainya.Apa yang menarik adalah setiap peserta yang join akan dapat hadiah.Sekiranya anda follow 5 blog beliau, InsyaAllah anda boleh menjawab semua soalan kuiz ini.Betul atau salah jawapan kita itu tidak penting yang penting kita join dan sudah ada hadiah di situ.Dan sekiranya anda boleh menjawab dengan tepat semua soalan kuiz tersebut maka hadiah yang menanti anda semua sangat2lah menarik berserta wang tunai lagi.
So...Jom Follow 5 blog beliau dan jangan risau semua soalan dan clue jawapan ada di sini.
Nak tengok hadiah dan nak Join kuiz ini:
Follow blog di bawah dengan segera:

http://shashasuka.blogspot.com/
http://shahriahnovelis.blogspot.com/
http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/

KLIK SINI UNTUK JOIN KUIZ YANG DIANJURKAN OLEH SHAHRIAH ABDULLAH.
Dengan Motto :
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :-D


Asam Pedas Ikan Parang
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:-
  • 2potong ikan parang
  • 1batang serai (ketuk)
  • 1 biji buah tomato(belah 4)
  • 2 cawan air
  • Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 5 helai daun limau purut
bahan kisar:-
  • 10 tangkai cili kering(rebus dulu)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 1/4 cawan air
Cara memasak:-
1- Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sebentar.
2-Masukan bahan yang dikisar dan masak sehingga naik bau .
3-Masukan air asam jawa secukupnya(jangan terlalu cair).
4-Masukan daun limau purut,ikan kedalam kuah yang telah mendidih.
5-Masukan garam dan gula secukup rasa dan buah tomato yang telah dipotong 
6-Apabila masak bolehlah angkat dan dihidangkan.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

11 ulasan:

|| NaFiRaa || said...

sedapnye~ yum yum~

Kakcik Seroja said...

Masak asam pedas adalah salah satu lauk yang sering TERJADI di dapur kakcik. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kita kalau makan asam pedas ikan parang ni lama, hujan ribut berhenti pun belum tahu habis, seronok pilih tulang, hehe..

Ruse Sulaiman said...

Suka asam pedas. Membuka selera :)

Yana Shaiful said...

Salam Sis..sama ler menu kita ari nii tp yana bt asam pedas daging..suka sgt asam pedas ^^

izz iizza said...

perghhh sedap..:)

LiNa_Pg said...

hmm ada asam pedas kat sini..sedanpya hirup kuah sampai licin.
Boh daun limau purut ek dalam asam pedas..mest harum

Rosidah Binti Muhamad said...

Owh... de letak serai dgn belacan jugak yer..
mmg berbeza benau setiap resepi asam pedas nie yer..ader yg saya baru dengar gerang asam.
Tapi asal ape pun yg di letak mesti kuahnya akan dihirup sampai licin..muahhhh!!

Unknown said...

salam ramadhan kak, sedap tgk asam pedas tu..maunya bertambah nasi kalau mkn ni:)

Amie said...

Asam pedas memang hidangan kegemaran... dulu, kini dan selamanya, tak kiralah ikan apa...

fieda said...

fuhh..mavelles..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...